![]() |
Laptop Lag dan Lembab. Berikut 7 Punca dan Cara Atasinya |
Pernah tak tengah syok nak buat kerja, tiba-tiba laptop jadi lag dan lembab macam kura-kura? Buka Google Chrome pun ambil masa setengah abad, nak buka Microsoft Word pun rasa macam tunggu nasi lemak siap masak stail kukus. Memang boleh bikin stress, lebih-lebih lagi kalau ada assignment atau kerja pejabat yang perlu disiapkan segera.
Sebenarnya, laptop lembab ni masalah biasa. Hampir semua orang akan hadapi, tak kira laptop baru guna setahun atau dah lebih 5 tahun. Cuma yang membezakan, sejauh mana kita tahu punca dan cara nak atasi. Jom kita tengok apa sebab laptop boleh jadi slow, dan apa langkah mudah untuk pulihkan balik prestasinya.
1. Terlalu Banyak Aplikasi Berjalan Serentak
Kadang-kadang kita sendiri tak sedar. Buka Google Chrome ada 20 tab, sambil buka Spotify,layan youtube, Microsoft Word, Photoshop, dan satu dua aplikasi permainan. Memang confirm laptop merayu minta tolong. Macam kita manusia juga, kalau banyak tugas dalam satu-satu masa pasti rasa nak gila tahap letih.
Apa nak buat lepastu?
Cuba buka Task Manager (tekan Ctrl + Shift + Esc). Tengok aplikasi mana yang makan banyak RAM. Tutup yang tak penting. Kalau jenis suka multitasking, mungkin dah tiba masa upgrade RAM laptop.
📌 Microsoft sendiri nasihatkan supaya pengguna “tutup aplikasi yang tidak diperlukan” untuk tingkatkan prestasi Windows.
Baca juga artikel berkaitan : Cara menjaga laptop agar tahan lebih lama
2. Startup Program Terlalu Banyak
Pernah tak
perasan bila “on” laptop, lambat gila nak ready? Itu tandanya banyak aplikasi
auto-start bila laptop hidup. Contoh: program antivirus, cloud storage, Discord, Spotify, Steam ,microsoft edge dan sebagainya. J
Cara mudah nak atasi:
Pergi ke Task
Manager > Startup Apps. Kat situ boleh disable mana-mana aplikasi yang tak
perlu launch masa mula laptop dipasang. Lepas ni, laptop lebih cepat “bangun tidur”.
![]() |
Task Manager > Startup Apps > Pilih Apps Yang Tak diperlukan >Right Click >Tekan Disable |
📌 Menurut panduan rasmi Windows, mematikan aplikasi startup yang tidak penting memang membantu mempercepatkan boot time.
3. Storage Hampir Penuh
Laptop dengan storage penuh memang sama macam kita lepas makan buffet. Berat, malas, dan lembab. Bila hard disk atau SSD dah tinggal ruang sikit, sistem pun susah nak “bernafas”.
![]() |
Jika storage kita telah mencapai 75% daripada jumlah ruang simpanan, laptop akan menjadi sedikit lembab. |
Tips nak cepatkannya:
- Delete file besar yang tak guna seperti video, gambar-gambar.
- Pindahkan gambar atau video ke external hard disk. Kalau sayang nak buang maka cara lain pindahkan ke external hardiak.
- Guna cloud storage macam Google Drive atau OneDrive. Ada had simpanan. Kalau lebih ada bayaran untuk upgrade.
📌
Kajian pengguna Microsoft mendapati laptop dengan storage bawah 15% free space
akan mula jadi perlahan kerana sistem tak cukup ruang untuk proses data.
4. Masih Guna Ruangan simpanan HDD
Kalau laptop
awak masih guna hard disk jenis lama (HDD), itu antara sebab paling jelas
kenapa lembab. Zaman sekarang, bezanya memang jauh. SSD (Solid State Drive)
ibarat highway laju, manakala HDD ibarat jalan kampung berbatu.
👉Baca artikel ini untuk tahu perbezaan antara HDD dan SSD. Storan HDD VS SSD
Solusinya:
Tak lain dan tak bukan, perlu upgrade HDD ke SSD kalau ada belanja lebih. Tak perlu pun beli laptop baru, cukup tukar hard disk ke SSD dan pindahkan Windows. Hasilnya? Laptop lama terus rasa macam baru beli. Kalau beli baru kos lagi mahal. Tapi kalau berkemampuan tidak halangan.
📌 Banyak ulasan pakar teknologi (contoh: TechRadar, CNET) mengesahkan upgrade SSD boleh naikkan kelajuan laptop sehingga 5–6 kali ganda.
5. RAM Terlalu Kecil
RAM ni ibarat meja kerja. Kalau meja kecil, letak dua tiga buku pun dah penuh. Sama juga dengan laptop kita, bila RAM terlalu kecil (contoh 4GB), cepat penuh bila buka banyak aplikasi, Windows saja pun dah guna banyak RAM apatah lagi kalau kita buka satu dua program lain. Sekarang dah tak macam dulu, apa-apa aplikasi saiz sangat besar menggunakan RAM.
![]() |
Saiz RAM, Graphic card dan processsor mempengaruhi prestasi Laptop. |
Dah tu nak buat?
Kalau motherboard laptop kita sokong petambahan RAM, upgrade RAM ke 8GB atau 16GB. Percayalah, beza dia memang ketara. Lagi best kalau digabung dengan SSD.
📌 Pakar IT cadangkan minimum RAM 8GB untuk kerja harian, manakala 16GB lebih sesuai untuk multitasking & software berat.
6. Serangan Virus atau Malware
Kadang laptop lag atau lembab bukan sebab hardware, tapi sebab ada “penumpang gelap” yang tidak di undang iaitu Virus, malware,
atau program tak dikenali boleh melambatkan sistem. Kalau RAM besar, storage pun SSD, main game biasa saja. Maka ada potensi virus dah masuk laptop. jadi segeralah bertindak.
Artikel berkaitan Virus dan Malware
Cara atasi:
- Pasang antivirus yang bagus (Windows Defender pun cukup kalau sentiasa update) jangan pakai window pirate.
- Elakkan download benda pelik dari website meragukan.
- Rajin-rajin scan laptop sekurang-kurangnya sekali sebulan. Kalau guna antivirus premium boleh setkan masa.
📌 Microsoft Security Blog menyatakan malware boleh menyebabkan CPU usage tinggi secara tiba-tiba, yang buat laptop terasa sangat slow.
7. Laptop Dah Berusia
Kalau semua tips yang diatas dah cuba tapi laptop tetap macam kura-kura, mungkin faktor umur. Laptop macam
manusia juga. makin lama, makin banyak penyakit. Macam laptop saya berusia 9 tahun tiba-tiba rosak skrin walaupun tak pernah jatuh. Komponen lama tak mampu nak
layan software baru yang berat. Itu belum lagi laptop tak pernah servis, Komponen dalam laptop dah penuh habuk dan kipas kurang efisien maka akan menyebabkan laptop lag.
Pilihan terakhir:
- Kalau bajet ada, pertimbangkan untuk beli laptop baru.
- Kalau bajet ketat, sekurang-kurangnya upgrade SSD + RAM untuk panjangkan hayat.
- Jangan lupa juga selalu servis laptop.
Apa yang kita boleh belajar disini?
Laptop lag bukan nasib semata-mata. Kebanyakan
masalah boleh dikesan dan diselesaikan.
Punca biasa laptop lembab:
- Fail
tak berguna yang menimbun.
- Komponen
perlu di-upgrade.
- Tab
pelayar terlalu banyak dibuka serentak.
Kelebihan jaga laptop dengan baik:
- Tahan
lebih lama.
- Jimat
kos daripada beli baru.
- Kurang
stress tunggu loading.
Amalan penting yang perlu kita lakukan ialah buat maintenance berkala untuk elak laptop jadi slow. Pesanan akhir dari saya kalau laptop lembab lagi, jangan panik. Rujuk langkah tadi, pasti ada solusi.
Terima kasih kerana membaca 🙏.
Jangan lupa follow & share, serta tinggalkan soalan di ruangan komen.
Post a Comment