Cara Mengatasi Komputer Blue Screen Of Dead (BSOD)

 


Cara Mengatasi Blue Screen
Langkah atasi masalah Blue Screen Of Death (BSOD)


Langkah Mudah Cara Mengesan Masalah Komputer Blue Screen of Death (BSOD)

Kalau anda pengguna Windows, mesti pernah dengar tentang masalah Blue Screen of Death (BSOD). Nama pun dah seram, seolah-olah laptop atau PC terus “mati” bila benda ni berlaku. Memang betul, bila skrin biru ini muncul, ramai yang akan panik. Mana tidaknya, kalau rosak kos baiki laptop bukan murah, tambahan pula data penting mungkin hilang. Hilang lepas tu tak ada backup itu lagi perit.

Sebenarnya, BSOD ini adalah tanda ada masalah besar yang sedang berlaku pada komputer anda. Tapi jangan risau, ia bukan bermaksud laptop anda dah rosak terus. Disini saya akan kongsikan sedikit pengetahuan asas yang saya tahu dan serba sedikit kita boleh faham punca Blue Screen Windows ini, kenapa ia terjadi, serta langkah mudah untuk mengatasinya.

Apa Itu Blue Screen of Death (BSOD)?

BSOD ialah mesej ralat kritikal yang dipaparkan oleh Windows secara tiba-tiba sesama kita tengah syok buat kerja. Dalam bahasa mudah, ia dipanggil Stop Error. Sistem operasi Windows akan menghentikan semua operasi secara mengejut kerana ada masalah besar yang boleh merosakkan data atau hardware.

Biasanya, semasa Blue Screen laptop berlaku, komputer akan restart sendiri. Pada paparan skrin biru itu akan keluar mesej ralat bersama kod tertentu yang membantu kita mengenal pasti punca masalah. Kena gambar ya, supaya senang kita ketahui apa punya yang menyebabkan error tersebut berlaku. Ada kod dia beri pada error yang keluar.


Baca juga artikel berkaitan ;


Bagaimana BSOD boleh Terjadi?

Blue Screen boleh berlaku bila komputer tidak dapat meneruskan proses biasa. Laptop atau PC anda akan terpadam tiba-tiba, kemudian restart dan memaparkan paparan biru dengan mesej seperti:

“Your PC ran into a problem and needs to restart. We’re just collecting some error info…”

Antara contoh mesej ralat yang biasa keluar:

  • SYSTEM THREAD EXCEPTION NOT HANDLED
  • VIDEO TDR TIMEOUT DETECTED
  • SYSTEM SERVICE EXCEPTION
  • DPC WATCHDOG VIOLATION

Selain mesej teks, akan ada juga kod berbentuk nombor seperti 0x0000003E yang boleh digunakan untuk diagnosis lebih tepat. 

 

Punca Blue Screen Pada Laptop atau PC

Punca selalu menyebabkan BSOD
Punca selalu menyebabkan BSOD


Terdapat beberapa sebab utama kenapa masalah ini boleh berlaku:

  1. Masalah Software / Driver

  • Update driver grafik yang tidak serasi. Kadang-kadang driver lama tak dipadam sepenuhnya dan driver baru pula ada bug yang menyebabkan konflik.
  • Install software tidak sesuai atau ada virus. 
  • Fail sistem rosak akibat pemasangan perisian tidak stabil.

  1. Software laptop ada masalah

  • RAM baru ditambah tapi tidak serasi dengan motherboard. Kena semak slot ram. ada yang boleh ditambah ada yang tak boleh. Contoh, 8gb RAM boleh pergi ke 16gb.
  • Kerosakan hard disk, motherboard, atau kad grafik. Selalunya bermasalah ialah motherboard namun ada juga kerosakan hard disk.
  • Laptop overheating kerana kipas berhabuk atau thermal paste kering. Pastikan selalu diservis. 

  1. Sistem Operasi Windows ada bug selepas update

  • Windows Update gagal atau tidak lengkap apabila kita install driver tidak sesuai dengan versi window.
  • Fail sistem (system files) corrupt akibat gangguan elektrik.

 
Jangan panik Bila BSOD Berlaku?

Jawapannya: tidak perlu panik. Blue Screen bukan bermaksud laptop rosak kekal. Malah, BSOD sebenarnya adalah mekanisme Windows untuk melindungi komputer daripada menjadi lebih teruk.

Kadangkala, selepas restart, Windows akan membaiki sendiri. Kalau masalah berulang, barulah kita perlu buat pemeriksaan lanjut.

 Baca juga artikel berkaitan : Cara menjaga laptop agar tahan lebih lama

Cara Mengatasi BSOD Menggunakan Safe Mode

Salah satu langkah paling berkesan untuk mengesan punca Blue Screen Windows ialah dengan masuk ke Safe Mode. Safe Mode akan buka Windows dalam keadaan asas tanpa driver tambahan. Kalau komputer berjaya hidup tanpa masalah BSOD dalam Safe Mode, itu tanda punca datang daripada driver atau software tambahan. 

Langkah-Langkah selepas masuk Safe Mode:

Langkah-langkah menyelesaikan masalah BSOD
Langkah-langkah menyelesaikan masalah BSOD


  1. Kenalpasti perubahan terkini . ingat kembali apa yang anda install sebelum masalah, window ada update apa.
  2. Uninstall driver baru. Jika ada update driver grafik atau lain-lain yang tidak sesuai.
  3. Buang software tidak serasi – lebih-lebih lagi software yang dimuat turun dari sumber tidak sah. Sumber sah pun belum tentu dapat kalau tak serasi dengan window dan sistem komputer kita.
  4. Servis laptop . Hantar servis,bersihkan kipas, tukar thermal paste untuk elak overheating.
  5. Cek apps apa selepas Windows Update – rollback atau uninstall update yang menyebabkan masalah.

 

Fakta Menarik Tentang BSOD

  • Dalam Windows 8 & 10, Microsoft tambah ikon muka sedih :( supaya mesej error nampak lebih mesra pengguna.
  • Windows 11 ada versi lain yang dipanggil Black Screen of Death kerana warnanya hitam pada beberapa update awal.
  • BSOD bukan hanya wujud di Windows, sistem lain seperti Linux atau MacOS pun ada error serupa.
  • Kadang-kadang masalah datang daripada virus atau malware yang menyerang fail sistem.
  • Kalau BSOD muncul selepas tambah hardware baru, mungkin ada masalah keserasian atau power supply tak stabil.

 

Cara Elak Blue Screen Daripada Berulang

  1. Update driver melalui Windows Update sahaja. Jangan cuba update yang diluar window update walaupun dari laman rasmi seperti Nvidia.
  2. Pasang antivirus yang dipercayai dan elakkan software crack.
  3. Servis komputer secara berkala . bersihkan habuk, cek kipas, kawal suhu.
  4. Jangan paksa laptop bekerja terlalu berat kalau spesifikasi rendah. Jangan main game yang berat. Main game card saja sudahla.
  5. Gunakan UPS atau stabilizer elektrik untuk elak masalah akibat power trip.

 Baca Juga Artikel 👉 Berkiatan Kenapa Laptop/Komputer jadi Lag dan Lembab. 

Kesimpulan yang dapat saya kongsikan

Masalah Blue Screen of Death (BSOD) memang menakutkan, tapi jangan panik. Sebenarnya, ia adalah sistem perlindungan Windows untuk elak kerosakan lebih teruk. Tak perlu risau sangat. Bila dia tak on balik baru lah patut kita risau

Kalau laptop anda tiba-tiba Blue Screen, cuba langkah mudah dulu:

  • Masuk Safe Mode.

  • Uninstall driver atau software bermasalah.

  • Servis laptop kalau perlu.

Kalau masalah masih berulang, cepat bawa ke pakar supaya data dan kos boleh diselamatkan. Paling penting, jangan lupa backup fail penting ke external hard disk, pendrive atau cloud.

Sekian perkongsian ringkas tentang BSOD. Semoga bermanfaat! Kalau ada soalan, tinggalkan komen dan jangan lupa follow blog ini untuk tip komputer lain.

 

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post