Tanda Laptop Kena Virus . 9 Petanda Awal


Tanda-Tanda Laptop Kena virus. 9 Petanda awal
Kredit To Lola4556677. Gambar Hiasan Tanda laptop kena virus.

Komputer atau Laptop kita pelik semacam? Jangan pandang remeh kalau komputer tiba-tiba mula berkelakuan pelik. Kadang kita rasa lambat je, hang tak tentu pasal, skrin berkelip-kelip jangan ingat biasa-biasa, tapi sebenarnya virus atau malware mungkin dah masuk main-main kat komputer kita. Bukan setakat kita lambat nak detect, silap-silap ada risiko info peribadi kita bocor atau akaun kita digodam tau. Jadi, kalau nampak tanda-tanda ni, cepat-cepat ambil tindakan sebelum makin parah.

Serius, virus ni bukan benda main-main. Bayangkan tengah buat kerja penting, tiba-tiba komputer hang atau fail hilang begitu saja, memang stress habis. Kadang kita tak sedar, komputer kita pun boleh “sakit” macam badan kita kalau tak dijaga.

Kenali Jenis-Jenis Virus

Sebelum kita tengok tanda-tanda, elok juga tahu sikit pasal jenis virus. Virus ni biasanya dibuat penjenayah siber dan boleh masuk komputer kita dari pelbagai cara:

  • Link-link pelik di media sosial
  • Email mencurigakan
  • Muat turun bahan dari laman web yang tak jelas
  • Perkongsian bahan dengan komputer rakan yang telah dijangkiti virus

Types of Malware. Tanda-Tanda Laptop Kena virus. 9 Petanda awal
Types of Malware

Beberapa jenis virus yang biasa menyerang:

Jenis Virus

Apa Dia Buat Kat Komputer

Worms

Boleh merebak sendiri melalui internet atau kongsi fail antara komputer. Memang cepat menyebar!

Adware, Spyware & Ransomware

Dia ni jenis pengintip. Mengumpul info peribadi kita macam ID, password, atau block fail sampai kita bayar “tebusan”.

Tip Untuk Kita Semua: selalu update Windows dan antivirus. Senang je, tapi banyak virus tak boleh masuk kalau sistem kita up-to-date. Ini kalau tak mahu beli antivirus, tapi saya cadangkan beli kalau berkemampuan.

9 Tanda Laptop/Komputer Anda Ada Virus

1. Pop-up Muncul Tiba-Tiba

Kadang keluar iklan pelik-pelik, amaran palsu “Komputer anda ada virus!”, atau kotak chat pelik. Jangan klik terus tau, sebab itulah cara virus nak masuk lebih dalam. Terus scan guna antivirus yang sah. Saya pernah ada seorang rakan macam ni, masa buat perbentangan dan dipancarkan guna LCD Projektor bukan main malu bila iklan tak bermoral tiba-tiba muncul dihadapan. Semua gara-gara virus pops -up.

Iklan dan Pop-Up Tiba-Tiba Muncul dekat Skrin Komputer atau Laptop
Iklan dan Pop-Up Tiba-Tiba Muncul dekat Skrin Komputer atau Laptop


2. Bunyi Amaran Dari Komputer/Laptop

Dengar “beep” pelik atau bunyi amaran lain tiba-tiba? Itu virus tengah aktif. Jangan tunggu lama, terus buat check. Kadang virus cuba menakut-nakutkan kita dengan bunyi-bunyi ni.

3. Fail Hilang atau Ikon Berubah

Fail tiba-tiba hilang atau ikon berubah sendiri? Awas, itu tanda virus. Tapi kalau baru je update Windows, kadang ikon berubah sebab update. Kalau bukan sebab update, scan komputer segera. Tip: selalu backup fail penting, simpan kat cloud atau external drive.

4. Komputer/Laptop Jadi Sangat Perlahan

Kalau komputer yang biasa laju tiba-tiba jadi siput dan kura-kura, virus mungkin tengah buat kerja di belakang tabir. Kipas komputer pun kadang berputar laju tanpa sebab. Amaran ni paling mudah nak perasan kalau kita biasa guna komputer setiap hari.

5. Sambungan Internet Pelik

Website yang kita lawat tiba-tiba keluar mesej pelik macam “Terima cookies” atau “Setuju dengan polisi”? Kadang website ni palsu, nak masukkan virus. Antivirus akan bagi notifikasi kalau ada sambungan mencurigakan. Elakkan install software percuma atau crack yang dari sumber yang tidak sah. 

6. Gambar Muncul Tiba-Tiba

Tiba-tiba keluar gambar lucah atau iklan pelik, walaupun kita tak lawat laman tu. Orang lain kalau tiba-tiba ternampak gambar lucah muncul pasti fikiran mereka dah lain. Satu yang pasti ialah memang mereka ingat kita ada layari benda tu. Jadi, jangan tekan, sebab biasanya ia bawa kita ke website berbahaya. Tip: gunakan pop-up blocker, lagi selamat.

7. Tak Boleh Update Windows atau Install Antivirus

Virus tertentu memang licik, dia halang kita install antivirus atau update Windows. Tapi jangan risau, ada antivirus khas yang boleh bypass masalah ni. Kadang kena guna versi portable atau bootable antivirus.

8. Email atau Pesanan Spam Dihantar Sendiri

Kalau semua kontak, rakan-rakan kita tiba-tiba terima email pelik dari kita, maknanya malware tengah guna komputer kita hantar spam. Log out, tukar password semua akaun penting. Jangan panik, cuma buat scan penuh dan tukar kata laluan.

9. Hard Disk Penuh Tanpa Sebab

Pernah rasa hard disk penuh padahal simpan fail sikit je? Virus jenis “disk bomb” boleh buat salinan fail banyak-banyak sendiri sampai hard disk penuh. Fail-fail ni biasanya tersembunyi dan tak boleh diakses. Gunakan tool pengurusan disk untuk check folder tersembunyi.


Langkah Pencegahan awal sebelum Virus Masuk Kedalam Laptop/Komputer
Langkah Pencegahan awal sebelum Virus Masuk Kedalam Laptop/Komputer


Tips Pencegahan Awal

Selain tengok tanda-tanda ni, kita boleh buat beberapa benda mudah untuk elak virus:

  • Update Windows & antivirus secara berkala
  • Jangan klik link pelik atau pop-up yang pelik
  • Jangan install software crack atau free yang tak sah
  • Backup fail penting selalu, baik external drive atau cloud
  • Paling penting, gunakan antivirus premium. 

Kesimpulan

Komputer yang dijangkiti virus bukan sekadar lambat, tapi boleh bocorkan data, ganggu kerja dan buat kita stress. Kalau nampak salah satu tanda di atas, cepat-cepat buat scan, update antivirus dan elakkan download dari sumber tak jelas.

Jaga komputer kita macam kita jaga telefon atau dompet—kalau tak, mudah kena “rompak” data. Semoga tips ni membantu, dan jangan lupa tinggalkan komen kalau ada pengalaman pelik dengan virus komputer!

Sentiasa berjaga-jaga dan amalkan langkah keselamatan siber untuk memastikan komputer anda selamat dan berfungsi dengan lancar. Semoga bermanfaat. Jangan lupa follow blog saya dan saya amat menghargainya.

 


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post