Kesan Telefon kepada kanak-kanak dibawah 3 Tahun.

Kesan telefon kepada kanak-kanak
Gambar Dihasilkan Oleh AI. Kanak-kanak didedahkan terlalu awal dengan gajet dan tanpa kawalan berisiko tidak mampu bersosial.


Kalau kita tengok sekarang, budak-budak kecil pun dah pandai guna telefon. Ada yang umur baru 5 tahun, tapi dah handal buka YouTube, main game, malah siap pandai cari kartun sendiri. Kadang-kadang kita rasa kagum juga tengok budak kecil cepat belajar benda teknologi. Tapi dalam masa yang sama, kita kena akur dengan fakta bahawa pendedahan kepada penggunaan telefon dalam kalangan kanak-kanak pada usia 3 tahun terlalu awal dan tak dikawal ni sebenarnya banyak juga side effect yang tak elok.

Saya nak kongsikan sikit pandangan dan pengalaman, hasil pemerhatian sendiri dan juga apa yang selalu berlaku di sekeliling kita. Bukan nak menyalahkan siapa-siapa, cuma sama-sama kita fikir, sejauh mana kesan telefon ni kepada anak-anak kita.

1. Masalah Tumpuan dan Ketagihan.

Budak kecil ni cepat terpengaruh. Bila dah biasa tengok telefon, otak mereka jadi terbiasa dengan rangsangan visual yang cepat, warna-warni, bunyi, video pendek. Bila masuk sekolah, cikgu ajar guna buku dan pensel, mereka cepat bosan sebab otak dah terbiasa dengan hiburan segera. Dari situ lah mula nampak masalah tumpuan.

Lagi satu, telefon ni boleh jadi ketagihan. Kalau sehari tak bagi main game, siap merajuk, menangis, ada yang sampai tantrum. Bayangkan, umur baru 7 tahun dah ketagih macam tu, macam mana nanti bila dah remaja? Ini Adalah Kesan penggunaan semasa usia 3 tahun yang tidak dikawal dengan baik.

Anak-anak berisiko tantrum apabila ketagihan telefon.
Gambar Dihasilkan oleh AI. Anak-anak berisiko tantrum apabila ketagihan telefon.


2. Kurang Interaksi Sosial. Lewat bercakap.

Saya perasan, budak yang terlalu lama dengan telefon jadi kurang pandai bergaul dengan orang lain. Tak kisah sama ada dengan ibu bapa mereka sendiri,orang terdekat dan lebih teruk rakan yang sebaya dengan mereka pun tidak dilayan. Mereka lebih suka duduk sorang-sorang dengan skrin daripada main dengan kawan. Padahal, masa kecil lah paling penting untuk mereka belajar berkawan, bertolak ansur, dan faham perasaan orang lain. Kalau semua masa habis depan telefon, kemahiran sosial tu makin lemah.

3. Masalah Tidur.

Ramai ibu bapa bagi anak telefon sebelum tidur, dengan alasan senang nak bagi diam. Tapi sebenarnya itu punca anak susah tidur lena. Cahaya biru daripada skrin ganggu hormon tidur mereka. Akhirnya, anak jadi susah tidur awal, bangun pun tak segar. Bila masuk kelas, mengantuk pula. Ini Adalah salah satu penyakit ibu bapa yang memberikan kanak-kanak telefon semata-mata nak tidurkan mereka. Ada yang saya Nampak sampai tertidur kanak-kanak tersebut. Ini Adalah satu petanda yang tak baik.

4. Kesan Kesihatan Fizikal. Rabun diperingkat usia muda.

Menonton telefon berlebihan berisiko menyebabkan masalah rabun.
Gambar dihasilkan oleh AI. Menonton telefon berlebihan berisiko menyebabkan masalah rabun.


  1. Masalah penglihatan . Terlalu lama menghadap skrin boleh menyebabkan mata cepat rosak, malah kanak-kanak berisiko alami rabun pada usia yang terlalu awal.
  2. Kurang aktiviti fizikal . berbeza dengan zaman dulu yang penuh dengan aktiviti luar seperti main kejar-kejar, panjat pokok, mandi Sungai, dan berbasikal. Sekarang banyak anak-anak tak aktif dan duduk di rumah saja.
  3. Risiko obesiti meningkat . Gaya hidup pasif akibat duduk diam dengan telefon menyebabkan kanak-kanak kurang bergerak dan mudah mengalami masalah berat badan. Sekarang makan pun banyak anak-anak sambil main phone. Bahayanya.

5. Risiko Speech Delay (Lambat Bercakap) walaupun menjejak umur 7 tahun.

Ini salah satu kesan yang ramai tak perasan. Bila anak terlalu awal didedahkan dengan telefon, mereka kurang peluang untuk berinteraksi secara real dengan orang sekeliling. Contohnya, kalau anak menangis, kita terus hulur telefon untuk diamkan. Lama-lama, anak kurang cuba bercakap atau berkomunikasi dengan kita. 

Kanak-kanak belajar bercakap melalui perbualan harian yang mereka dengar, tiru, dan balas. Tapi kalau masa banyak dihabiskan depan skrin, mereka hanya jadi “penonton pasif”. Walaupun dengar lagu kanak-kanak atau kartun, itu bukan interaksi dua hala. Akibatnya, perkembangan bahasa jadi perlahan, malah ada yang lambat sebut perkataan asas.

Saya sendiri pernah dengar cerita daripada kawan, anak dia umur 3 tahun masih kurang cakap, walaupun bijak guna telefon. Dah sampai umur 7 tahun pun masih tak pandai bercakap hanya berkomunikasi dengan Bahasa isyarat. Bila rujuk doktor, salah satu punca ialah terlalu lama dengan skrin. Lepas dikurangkan masa skrin dan lebihkan komunikasi, barulah nampak perubahan. Namun begitu masalah speech delay ni bukan saja berpunca daripada Penggunaan telefon saja. ada lagi faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini.

Untuk Rujukan Lanjut Berkaitan Speech Delay Boleh Baca di sini. 

Relationship Between Speech Delay and Smart Media in Children: A Systematic Review - NCBI

6. Kandungan Tidak Sesuai Untuk Peringkat Umur

Ini bahagian yang paling merisaukan. Walaupun ada aplikasi kawalan ibu bapa, masih ada banyak kandungan yang terlepas. Kadang-kadang iklan pelik-pelik boleh keluar, atau video yang tak sesuai umur budak. Kalau kita tak pantau, anak mudah terdedah kepada nilai yang salah. Secara tak langsung akan mampu mengubah pemikiran, sikap dan sifat mereka pada usia muda. Terlalu banyak video-video, audio yang tidak sepatutnya mereka dengar dan lihat.

Artikel berkaitan ;

5 aplikasi terbaik untuk kawal telefon anak-anak

Jadi, Apa Solusinya?

Saya bukan nak kata telefon langsung tak boleh bagi pada kanak-kanak. Kita pun tahu zaman sekarang serba digital, susah nak elak terus. Tapi apa yang kita boleh buat ialah kawal penggunaannya. Misalnya:

  • Tetapkan masa penggunaan (contoh: hanya sejam sehari).
  • Galakkan aktiviti luar rumah. ajak main basikal, berkebun, atau sekadar main di taman.
  • Gunakan aplikasi kawalan ibu bapa untuk tapis kandungan.
  • Paling penting, kita sendiri kena jadi contoh. Kalau depan anak kita pun asyik menghadap telefon, susah nak larang mereka.
Kesan Negatif Penggunaan Telefon Kepada Anak-Anak jika Tidak Ada Kawalan
Kesan Negatif Penggunaan Telefon Kepada Kanak-Kanak Tanpa Kawalan

Secara Keseluruhannya, 

''Mencegah lebih baik dari mengubati''

Telefon memang banyak manfaat, tapi kalau terlalu awal diperkenalkan kepada kanak-kanak dan tanpa kawalan, mudaratnya lebih besar daripada kebaikan. Kita sebagai ibu bapa, guru, atau orang dewasa di sekeliling mereka perlu sedar perkara ni. Biar anak-anak kita membesar dengan pengalaman sebenar dunia luar, bukan hanya dunia maya.

Sekali-sekala tak apa, tapi jangan sampai telefon jadi "penjaga anak" 24 jam. Kalau kita berjaya seimbangkan, barulah teknologi jadi alat bantu, bukan jadi punca masalah. Bersama-sama kita kurangkan kesan negatifnya. 

Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen dan jangan lupa follow  dan share blog saya. Saya amat menghargainya.

Baca artikel berkaitan : Kebaikan telefon pintar untuk perkembangan awal kanak-kanak


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post