Apa itu Artificial Intelligence (AI) ? 5 Perkara Asas Tentang AI Sebelum menggunakannya.


Artificial Intelligence atau orang kita selalu sebut AI, kini dah semakin penting dan banyak memudahkan kehidupan harian kita. Bermula daripada aplikasi mudah seperti cadangan apa yang kita nak buat untuk video YouTube, chatbot yang boleh dibawa berbincang,membuat gambar, menukar suara serta hingga digunakan dalam teknologi automotive untuk mengerakkan kereta secara auto. AI telah mengubah cara kita bekerja, belajar dan berinteraksi.

Dulu kita tak ada ilmu kena tanya dengan orang yang pakar, tapi sekarang dah berbeza, tanya saja AI seperti ChatGpt,Gemini, Perplexcity dan banyak lagi mereka akan berikan jawapan yang kita minta. Cumanya perlu kita pastikan kesahihan saja. Tak semua jawapan AI ni betul 100%. Walaupun AI memberi banyak manfaat, sebelum kita menggunakannya, ada beberapa perkara asas yang perlu difahami dulu. Ini penting supaya kita dapat memanfaatkan teknologi ini secara bijak, selamat dan beretika. Jangan salah guna saja la.

Apa itu AI (Artificial Intelligence)? 5 Perkara asas tentang AI
Gambar Hiasan dihasilkan oleh AI : AI boleh bekerja seperti manusia.

Di post kali ini saya akan menerangkan serba sedikit 5 perkara asas tentang Ai ;

  1. Apa itu AI?
  2. Jenis-jenis kebolehan AI
  3. Kelebihan Penggunaan AI
  4. Risiko AI terhadap kita
  5. Kemahiran menggunakan AI
  6. Kesimpulan

1. Apa Itu AI ?

AI ialah teknologi pengkomputeran yang membolehkan mesin melakukan, membuat aktiviti mirip macam kita manusia,contohnya  memahami bahasa, memproses gambar, membuat Keputusan dan perbandingan, atau belajar daripada data-data yang diberikan. AI ni berfungsi dengan memproses data dalam jumlah besar, mengenal pasti corak, dan membuat ramalan atau keputusan berdasarkan corak tersebut.

Memahami definisi ini membantu kita mengenali bahawa AI bukan sekadar “robot bercakap” tetapi satu sistem yang kompleks  dibina khas untuk membantu kita menyelesaikan masalah tertentu.

2. Jenis-Jenis Kebolehan AI

Gambar Hiasan : 3 jenis kategori AI
Gambar Hiasan : 3 jenis kategori AI

AI tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Secara asasnya, ada tiga kategori utama:ANI (Artificial Narrow Intelligence) 

a). ANI (Artificial Narrow Intelligence) 

AI jenis ini ialah kira paling low AI. Terhad penggunaannya. Hanya pandai buat beberapa tugas saja dan tak boleh buat tugas diluar program yang telah disetkan. Walaupun dia buat sikit tugas tapi sangat efisien. Contohnya AI ni, google assistant,SIRI, set alarm. Kalau dalam telefon boleh focus dan detect muka kita. Kebanyakkan semua AI yang kita sekarang Adalah jenis ini kerana masih lagi memerlukan kita memberikan arahan untuk melakukan sesuatu perkara. (Canva AI, Open Ai, Leonardo AI dan etc)

b). AGI (Artificial General Intelligence)

AI yang mampu berfikir dan belajar seperti manusia dalam pelbagai bidang tanpa ada arahan khusus. Lebih bijak dari ANI AI. Sedang dalam proses untuk dibangunkan.

c). ASI (Artificial Super Intelligence)

AI yang melebihi tahap kecerdasan manusia dalam semua aspek. Ini adalah konsep teori dan sering digambarkan dalam filem fiksyen sains. Belum diwujudkan dan sekadar teori.

Kebanyakan AI yang kita gunakan hari ini berada pada tahap ANI, jadi ia tidak “berfikir” sendiri seperti manusia, tetapi hanya melaksanakan tugasan mengikut data dan algoritma.

3. Kelebihan Penggunaan AI

AI membawa pelbagai manfaat kalau digunakan dengan betul, antaranya:

  • Produktiviti meningkat: Ai ni sangat cepat. Kalau kita buat berjam-jam, dia buat dalam masa beberapa saat saja. Contohnya, analisis data yang besar (kira purata gaji 1000 pekerja kilang). Upload fail gaji ke dalam sistem seperti Chatgpt, dia akan kira dalam beberapa saat sedangkan kita ambil masa bejam untuk dapatkan jumlah purata.
  • Ketepatan tinggi: Dalam bidang perubatan, AI boleh membantu mengenal pasti penyakit dengan kadar ketepatan yang tinggi. Letakkan saja symptom-simptom, AI akan bagi tahu kita apakah kemungkinan penyakit mempercepatkan proses rawatan.
  • Konsistensi: Tak seperti manusia, AI tak kenal apa tu letih, mengantuk, tak ada mood dan hilang focus seperti manusia. Dia cenderung memberikan yang terbaik kalau dibandingkan kita manusia ada masa cemerlang, ada masa Santai-santai buat kerja. 24 jam pun AI boleh kerja.
  • Kebolehan melaksanakan kerja skala besar. Sehari kita bagi dia kerja pelbagai bentuk pun AI boleh buat. Asalkan arahan yang diberikan Adalah tepat.
  • Perkembangan dan Inovasi. AI memberikan kita semua pendapat tentang sesuatu yang kita nak bina. Contohnya, reka bentuk produk. Ianya mempercepat kemajuan sains dan teknologi.

4. Risiko Penggunaan AI

Dalam kita bergembira dengan adanya AI ni, ada juga Kesan negative terhadap manusia:

  • Pengangguran : Kebergantunggan sepenuhnya terhadap AI boleh menggantikan manusia dalam melaksanakan tugas akan menyebabkan kadar pengangguran tinggi. Sebagai contoh, jika operator kilang diganti dengan AI maka ribuan pekerja akan kehilangan sumber pendapatan. Banyak sektor pekerjaan terpaksa membuang pekerja dan hanya pekerja mahir yang akan dikekalkan.
  • Bias dan Diskriminasi: Ai tidak mempunyai perasaan. Seandainya data yang diberikan kepada beliau ada bias maka Ai akan bias juga. Data akan jadi tak seimbang.
  • Keselamatan data. AI ni mampu menyimpan data kita apabila kita menggunakannya. Risiko kebocoran maklumat peribadi itu tinggi dan boleh disalahgunakan.
  • Penyalahgunaan . Pihak yang tidak bermoral akan menggunakan AI untuk tujuan yang tak berfaedah. Contohnya, membuat fitnah, bahan lucah, pencurian gambar dan data peribadi. Ai boleh hasilkan gambar, audio, video seakan-akan betul. Inilah yang akan menimbulkan fitnah dan penggunaan media sosial jadi toksik dan tak sihat.
  • Kemahiran manusia akan berkurang. Jika digunakan secara berlebihan dan tak terkawal. Kita akan melahirkan 1 generasi yang malas berfikir, tidak boleh berdikari dan tidak kreatif. Mana tidak, kalau buat soalan matematik, cari maklumat pembelajaran hanya bergantung dengan AI. Maka tercipta satu mind set kerja mudah dan cepat siap.

5. Kemahiran Menggunakan AI

AI bukanlah “pengganti” sepenuhnya terhadap kerja manusia. Untuk memanfaatkannya, kita perlu ada pengetahuan asas tentang AI iaitu:

  • Kemahiran menulis arahan (prompting): AI memberikan hasil terbaik jika kita memberi arahan yang jelas dan spesifik. Kalau arahan tak jelas maka hasil dan kualiti AI juga kurang dan tidak mengikut kehendak kita.
  • Kemahiran menilai maklumat: Tidak semua jawapan AI tepat. Kita perlu menyemak fakta sebelum menggunakannya. Jangan gunakan AI 100%. Mesti rujuk pakar manusia sebenar.
  • Kemahiran menggabungkan AI dengan kerja sedia ada: Contohnya, guru boleh menggunakan AI untuk membuat soalan latihan, tetapi tetap menyesuaikan soalan itu mengikut tahap pelajar. Jimat masa, tenaga dan meringankan beban tugas guru. Tapi ianya berbalik kepada Kemahiran menulis arahan.

6.      Kesimpulan

AI adalah teknologi yang akan berkuasa di masa depan dan berpotensi mengubah dunia. Perkembangan dan kemajuan akan menjadi lebih cepat. Walaubagaimanapun, setiap orang perlu memainkan peranan agar penggunaan Adalah berdasarkan kepada prinsip dan etika yang baik. Walaupun AI sangat penting namu kalau kita menggunakannya tanpa pengetahuan dan kawalan, ia boleh mendatangkan masalah yang sangat besar daripada manfaatnya.

Sekian saja perkongsian saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Tinggalkan komen dibawah seandaianya ada pertanyaan. Jangan lupa klik tombol follow blog saya dan kongsikan.

 



 


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post