![]() |
Gambaran visual konsep deepfake – teknologi AI yang boleh menghasilkan video dan audio palsu |
Adakah anda percaya semua yang anda lihat dalam video di internet? Kadang-kadang kita tengok satu rakaman yang nampak sangat realistik artis terkenal berkata sesuatu yang pelik, ahli politik buat kenyataan mengejutkan, atau kawan kita muncul dalam video yang dia sendiri tak pernah rakam. Persoalannya: betul ke semua itu? Jawapannya mungkin tidak, kerana wujudnya teknologi bernama deepfake. Sekarang ni susah nak pastikan benda tu benar-benar terjadi kecuali ada kenyataan dari pihak berkuasa tempatan.
Deepfake kini menjadi fenomena global dah sekarang. Ia bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga membawa risiko besar kepada masyarakat. Dari penipuan kewangan, penyebaran berita palsu, sehinggalah kepada ancaman reputasi seseorang. Teknologi ini memang menimbulkan banyak kebimbangan. Artikel saya kali ini akan membuat perkongsian dan membongkar apa itu deepfake, bagaimana ia berfungsi, kesan buruknya, serta cara mudah untuk anda mengesannya. Artikel panjang ya. Sediakan kopi.
Apa itu Teknologi Deepfake?
Secara mudahnya, deepfake ialah gabungan perkataan deep learning (pembelajaran mendalam) dan fake (palsu). Ia merujuk kepada video, gambar atau audio yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) sehingga kelihatan seperti benar-benar mengikut objek yang betul-betul real. Teknologi ini mampu mencipta wajah, suara, dan ekspresi yang hampir mustahil dibezakan dengan rakaman sebenar.
Dengan deepfake, wajah seseorang boleh digantikan dengan wajah orang lain, suara boleh ditiru hampir sama, dan hasil akhirnya sering kelihatan sangat meyakinkan. Contohnya, anda mungkin pernah nampak video artis terkenal “menyanyi” lagu yang dia tak pernah rakam, atau ahli politik “mengatakan” sesuatu yang tidak pernah keluar daripada mulut mereka. Semua itu sebenarnya hasil kerja deepfake.
Pada peringkat awal, teknologi ini digunakan untuk tujuan penyelidikan akademik terutamanya dalam bidang komputer dan sains data. Ia juga digunakan dalam industri hiburan untuk menghasilkan kesan khas dalam filem, membina semula watak yang sudah meninggal dunia, atau menyelamatkan rakaman yang tidak lengkap. Sebagai contoh, teknologi seakan deepfake pernah digunakan dalam filem Fast & Furious 7 selepas kematian Paul Walker, di mana wajahnya digantikan pada pelakon ganti.
Namun, cabaran bermula apabila deepfake semakin mudah diakses oleh orang awam. Kini, dengan hanya telefon pintar, sesiapa sahaja boleh menghasilkan video deepfake menggunakan aplikasi percuma atau perisian sumber terbuka. Apa yang dahulunya memerlukan kepakaran tinggi kini boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Kena pula kat orang yang nakal. Hmm panjang cerita.
Lebih menarik (dan menakutkan), deepfake bukan sahaja digunakan pada video, tetapi juga pada audio. Teknologi yang sama boleh meniru suara seseorang dengan hanya beberapa saat sampel audio. Ini membuka ruang kepada penipuan telefon, arahan bank palsu, atau penyebaran mesej suara yang menipu.
Menurut laporan oleh Cybersecurity Ventures, ancaman deepfake semakin meningkat dari tahun ke tahun, malah kerugian akibat penipuan berasaskan audio dan video palsu ini dianggarkan mencecah bilion dolar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Ringkasnya, deepfake ialah teknologi yang berkuasa besar. Ia ada sisi baik dalam hiburan dan inovasi, tetapi juga membawa risiko besar kepada privasi, keselamatan, dan kebenaran maklumat kita.
![]() |
Sejarah dan perkembangan Deepfake. |
Sejarah dan Perkembangan Teknologi Deepfake
Teknologi deepfake mula diperkenalkan sekitar tahun 2017. Ia bermula daripada komuniti penyelidikan AI yang bereksperimen dengan algoritma pembelajaran mesin. Idea asasnya: kalau mesin boleh belajar mengenal wajah, kenapa tidak ajar ia menghasilkan wajah baru yang realistik?
Tak lama kemudian, wujudlah forum dan platform yang menyebarkan video deepfake dengan sekadar suka-suka, ada pula yang digunakan untuk tujuan tak baik. Dari situ, deepfake berkembang pesat di seluruh pelusuk dunia.
Sekarang, sesiapa pun boleh mencuba teknologi ini. Kalau dulu ia memerlukan komputer berkuasa tinggi, kini cukup dengan telefon pintar pun boleh buat deepfake. Ada aplikasi yang hanya perlukan gambar wajah untuk digabungkan ke dalam video, seolah-olah anda sendiri yang berlakon. Menarik? Ya taka da sapa nafikan. Tapi dalam masa sama, menakutkan juga.
Bagaimana Deepfake Beroperasi?
Mungkin ada dalam kalangan kita tertanya-tanya, “Macam mana la teknologi ini boleh hasilkan video seakan-akan real?” Jawapannya terletak pada gabungan data, kecerdasan buatan (AI), dan teknik penyuntingan digital. Deepfake berfungsi dengan menggunakan algoritma pembelajaran mendalam (deep learning), iaitu cabang AI yang mampu meniru corak wajah, suara, dan gerakan manusia.
Mari kita lihat prosesnya secara ringkas dan mudah difahami:
![]() |
Deepfake mengumpul data manusia |
1. Kumpul Data Wajah dan Suara
Langkah pertama ialah mengumpul seberapa banyak gambar, video, dan audio individu sasaran. Data ini boleh datang daripada media sosial, YouTube, rakaman ucapan, atau bahkan gambar peribadi. Lagi banyak data yang dikumpul, lagi tinggi ketepatan sistem dalam meniru orang tersebut.
Contoh mudah: kalau seseorang ada 1000 gambar dengan pelbagai ekspresi dan sudut wajah, AI akan lebih senang belajar dan hasilnya lebih realistik berbanding hanya 10 gambar.
2. Latihan Algoritma (Deep Learning)
Data yang dikumpul tadi akan dimasukkan ke dalam rangkaian neural tiruan (artificial neural networks). Di sinilah proses “latihan” berlaku. AI akan belajar:
• Bagaimana wajah seseorang tu bergerak bila bercakap atau tersenyum.
• Bagaimana bibir kita bergerak mengikut intonasi suara.
• Bagaimana expresi pada muka dalam situasi berbeza.
Proses ini memerlukan kuasa pemprosesan tinggi, dan biasanya dijalankan menggunakan GPU (kad grafik) yang power. Cikai-cikai tak dapat la dulu.
3. Penjanaan Video atau Audio Palsu
Selepas AI selesai dilatih, sistem mula menghasilkan wajah atau suara baru berdasarkan corak yang telah dipelajari. Wajah pun boleh digantikan ke atas badan orang lain, suara boleh ditiru seakan-akan sama longhat, dan ekspresi boleh dipadankan dengan dialog.Manfaat Ai Kepada Kita
Manfaat AI.
4. Penyuntingan dan Penyesuaian
Akhir sekali, pencipta deepfake akan melakukan touch-up untuk memastikan hasilnya betul-betul realistik. Antaranya:
- Menyesuaikan pencahayaan wajah dengan latar belakang.
- Menghaluskan pergerakan bibir supaya selari dengan suara.
- Menambah butiran kecil seperti kedipan mata dan pergerakan kepala.
Inilah sebabnya video deepfake kadang-kadang nampak “sempurna” hingga sukar dibezakan dengan rakaman sebenar. Hasil akhir daripada proses ini ialah satu video atau audio yang kelihatan seperti datang daripada individu asal, padahal ia 100% palsu.
Deepfake ni beroperasi tak lain seperti seorang pelukis digital yang melukis wajah manusia berdasarkan beribu-ribu contoh, kemudian menampalnya ke dalam video baru sehingga nampak hidup. Bezanya, kali ini pelukisnya bukan manusia tetapi mesin yang menggunakan kecerdasan buatan.
![]() |
Deepfake berlatih algoritma |
Bahaya dan Kesan Negatif Deepfake
Bahagian ini paling penting. Deepfake bukan sekadar teknologi yang kreatif yang memberikan Kesan baik semata-mata, tetapi juga membawa pelbagai risiko besar risiko negative kepada peradaban manusia. Antaranya ialah:
1. Penyebaran Berita Palsu
Bayangkan seorang ahli politik muncul dalam video yang kononnya mengaku rasuah atau membuat kenyataan kontroversi. Walaupun palsu, ia boleh mencetuskan kekecohan besar. Masyarakat mudah terpedaya kerana video kelihatan sangat meyakinkan. Jarang tak cepat kalau netizen kita. Seminit seluruh negara pun boleh viral dengan cepat.
![]() |
Berita Palsu berleluasa disebabkan penggunaan Deepfake |
2. Penipuan dan Jenayah Siber
Deepfake boleh digunakan untuk menipu dalam urusan kewangan. Contohnya, suara CEO syarikat dipalsukan untuk mengarahkan pekerja memindahkan wang. Kes sebegini memang pernah berlaku di dunia nyata. Macam mana Kawan sendiri pun boleh terpedaya. Hebat kan teknologi ni.
3. Ancaman kepada Individu
Lebih menakutkan, deepfake sering disalahgunakan untuk mencipta kandungan lucah palsu yang membabitkan selebriti atau orang biasa. Ia boleh merosakkan reputasi dan emosi mangsa, walaupun jelas mereka tak pernah terlibat. Selalu berlaku kat negara kita.
4. Hilang Kepercayaan Terhadap Media
Apabila deepfake makin berleluasa, orang ramai akan mula sukar mempercayai apa yang mereka lihat. Ini boleh melemahkan integriti media dan mencetuskan krisis kepercayaan dalam masyarakat. Sebab itu, penting kita Semak dengan teliti sesuatu perkara.
![]() |
Cara Mengesan Hasil Deepfake. |
Bagaimana Mengesan Deepfake ni?
Walaupun teknologi deepfake makin hari semakin canggih dan realistik, berita baiknya masih ada cara untuk kita mengesan video atau audio palsu ini. Ia mungkin nampak mustahil pada awalnya, tapi dengan sedikit pemerhatian dan sikap teliti kita, anda boleh kenal pasti tanda-tanda deepfake. Berikut beberapa tip praktikal yang boleh anda guna:
1. Perhatikan Pergerakan Mata dan Muka
Deepfake kadangkala masih gagal meniru kelipan mata yang semula jadi. Ada video yang menunjukkan individu bercakap lama tanpa berkelip, atau kelipannya nampak janggal. Selain itu, wajah deepfake juga sering kelihatan terlalu licin atau tidak seimbang dengan latar belakang, seolah-olah ada “filter” pelik yang digunakan. Kalau kerja peluh-peluh pun licin muka. Nampak sangat kan.
2. Cek Keserasian Suara dan Bibir
Perhatikan dengan teliti sama ada suara selari dengan gerakan bibir. Jika mulut bergerak sedikit lambat atau suara kedengaran robotik, itu petanda kuat ia bukan rakaman asli. Kadang-kadang nada suara juga kedengaran terlalu rata, tanpa emosi semula jadi manusia macam kita.
3. Cari Glitches atau Ralat Visual
Salah satu kelemahan deepfake ialah kewujudan glitches atau ralat kecil pada video. Contohnya:
- Bahagian muka yang “bergetar” atau kabur.
- Bayang dan pencahayaan yang tidak konsisten.
- Rambut yang kelihatan kabur di tepi.
Kalau anda berhenti sekejap (pause) video, ralat ini kadang-kadang lebih jelas kelihatan.
4. Gunakan Alat Pengesan Deepfake
Kini sudah ada laman web dan aplikasi yang direka khas untuk mengesan deepfake. Antara alat popular ialah:
Deepware Scanner
Dengan Deepware Scanner, anda boleh upload video tu dan biar sistem scan. Nanti dia akan bagitahu sama ada ada tanda-tanda “magik deepfake” atau tidak. Simple je, sesuai untuk orang biasa yang nak check cepat-cepat. Interface dia pun user-friendly, tak pening nak guna.
Microsoft Video Authenticator
Kalau yang ni, dia bukan sekadar kesan “video ni pelik ke tak”, tapi siap bagi skor kebarangkalian — macam markah exam. Contoh, kalau dia kata 80%, maksudnya besar kemungkinan video tu dah diubah suai. Microsoft bangunkan alat ni untuk bantu wartawan, organisasi berita, dan platform media sosial tapis berita palsu. Senang kata, ini level lebih professional.
Sensity AI
Yang ni pulak lain sikit sebab dia lebih heavy-duty. Sensity AI bukan sekadar kesan deepfake individu, tapi dia monitor secara global. Memang power sebab ramai syarikat besar dan agensi keselamatan guna untuk track deepfake termasuk video berunsur pornografi palsu dan penipuan identiti. Kalau nak kira, Sensity AI ni lebih kepada “polis siber” yang pantau deepfake di seluruh internet.
Walaupun tak 100% sempurna, alat ini boleh membantu kita mendapatkan gambaran awal tentang kesahihan sesuatu rakaman.
![]() |
Sensity AI mampu mengecam audio dan video yang dicipta Deepfake |
5. Sikap Berhati-hati
Deepfake biasanya disebarkan dalam bentuk video sensasi atau mengejutkan. Jadi, jangan cepat percaya bila ternampak sesuatu yang luar biasa, terutamanya jika datang dari sumber yang tidak jelas. Sentiasa semak semula maklumat daripada portal berita rasmi atau sumber sahih sebelum anda kongsi kepada orang lain.
6. Lihat Metadata dan Sumber Asal
Kalau anda ada akses kepada fail asal, cuba periksa metadata (maklumat tersembunyi dalam fail). Kadangkala, deepfake tidak mempunyai rekod kamera atau perisian rakaman yang jelas. Selain itu, pastikan anda tahu dari mana video itu datang. adakah dari akaun rasmi atau sekadar perkongsian rawak di media sosial? Orang nak popular buat benda yang membolehkan netizen kecam dan viral.
Kesimpulannya: Masa Depan Deepfake & Apa Yang Kita Boleh Buat
Teknologi deepfake memang mengagumkan macam pisau Swiss Army: boleh bantu, tapi boleh melukakan jika salah guna. Dalam hiburan, ia membuka peluang kreatif; dalam politik, kewangan, dan kehidupan peribadi, ia boleh mencetuskan kekeliruan, menjejaskan reputasi, malah mengundang jenayah siber.
Ke depan, deepfake akan jadi semakin halus: pergerakan bibir lebih tepat, pencahayaan makin realistik, dan suara yang hampir tak boleh dibezakan. Itu sebabnya literasi media dan kesedaran masyarakat jadi benteng pertama. Jangan telan bulat-bulat apa yang lalu di skrin. Ambil masa beberapa saat untuk bertanya: Siapa yang muat naik? Apa sumber asalnya? Ada versi lain dari organisasi berita yang dipercayai?
Checklist cepat: lindungi diri daripada deepfake
- Semak dengan teliti sebelum kongsi: tonton semula, jeda pada frame tertentu, cari “glitch” halus (tepi rambut kabur, bayang tak kena, bibir tak sync).
- Semak sumber & konteks: cari video asal, bandingkan dengan rakaman lain, lihat tarikh muat naik & akaun pemilik.
- Dengar betul-betul: suara terlalu rata/robotik, intonasi pelik, atau timing yang off boleh jadi petunjuk.
- Guna alat pengesanan bila ragu (contoh: perisian/laman pengimbas deepfake) sebagai “second opinion”.
- Didik keluarga & rakan: terangkan ciri-ciri deepfake, terutama pada ibu bapa dan pelajar yang kerap di media sosial.
- Kukuhkan keselamatan akaun: aktifkan 2FA, kekang akses data peribadi, dan hadkan perkongsian suara/video yang boleh disalah guna.
- Untuk pencipta kandungan: pertimbang letak watermark halus atau maklumat asal-usul (provenance) bagi memudahkan pengesahan.
Artikel Berkaitan : Apa itu 2FA ?
Nilai & etika Kita
Deepfake menuntut kita lebih bertanggungjawab tidak memalukan orang lain dengan suntingan palsu, tidak menyebar video sensasi tanpa semakan, dan menghormati privasi. Platform, penggubal dasar, pendidik, dan pengguna biasa semua ada peranan: bina garis panduan yang jelas, saring kandungan berisiko, dan tanam budaya semak-fakta.
Jadi, apa pandangan anda tentang teknologi deepfake ni? Pernah jumpa video yang meragukan? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen.
Jangan lupa share artikel ni dengan rakan-rakan supaya lebih ramai sedar tentang bahaya deepfake. Follow blog ini untuk dapatkan lebih banyak artikel santai, informatif, dan mesra pembaca tentang teknologi dan isu semasa
Post a Comment