![]() |
Sumber Google Play Store : Capcut ada fungsi auto Caption. Memudahkan kita daripada menaipnya sendiri. |
Sekarang ni ramai orang dah mula buat konten video sama ada untuk YouTube, TikTok, Instagram, atau sekadar suka-suka. Masalahnya, edit video bukan kerja mudah. Kadang-kadang nak potong satu klip pendek pun boleh makan masa berjam-jam.
Saya sendiri dulu pernah cuba edit video travel pakai laptop lama. Fuh… bila render video, kipas laptop berbunyi macam enjin kapal terbang, dan proses export ambil hampir sejam untuk video 5 minit. Masa tu saya fikir, “Takkan setiap kali nak edit video kena stress macam ni?”
Nasib baik sekarang ada AI video editor. Aplikasi yang guna kecerdasan buatan untuk mudahkan proses edit kita. Tak perlu jadi pakar pun, AI boleh tolong potong, tambah subtitle automatik, malah buat transisi yang smooth.
Dalam artikel ni, saya nak kongsikan 5 aplikasi AI terbaik untuk edit video yang mesra pengguna, termasuk yang saya sendiri pernah cuba.
![]() |
5 best AI Video Editing APPS |
1. CapCut .
Kalau sebut aplikasi edit video AI, memang tak boleh lari dari CapCut. Hampir semua content creator, terutamanya pengguna TikTok dan Instagram Reels, pernah dengar atau cuba aplikasi ni. Apa yang best, CapCut bukan sekadar untuk edit video ringkas saja, tapi juga sesuai untuk hasilkan video profesional kalau kita pandai explore fungsi-fungsi yang ada didalamnya.
Kelebihan:
- Subtitle auto (bahasa Melayu pun boleh detect, walaupun kadang ada typo).
- Template trending terus dari TikTok. Senang kalau nak ikut trend.
- Fungsi “Auto Cut”. AI pilih klip terbaik ikut beat muzik, jadi video nampak lebih dinamik.
- Banyak efek, filter, dan sticker percuma yang mesra untuk beginner.
Kekurangan:
- Agak berat kalau guna di telefon lama.
- Ada watermark kalau tak login.
- Sesetengah fungsi advanced (contohnya background remover HD) perlukan sambungan internet yang laju.
- Ada effect memerlukan bayaran atau langganan.
Saya pernah guna CapCut masa buat video pendek untuk suatu majlis. Subtitle auto dia memang jimat masa. Kalau dulu nak taip satu-satu, boleh makan sejam. Dengan CapCut, kurang 5 minit dah siap. Saya juga perasan, bila guna template trending, video lebih cepat dapat engagement sebab gaya visualnya memang sesuai dengan selera penonton media sosial sekarang.
Kalau baru nak belajar edit video dengan bantuan AI, CapCut memang sesuai sebagai langkah pertama. Mudah, percuma (nak banyak effect kena langgan) dan mesra pengguna tak perlu pening kepala.
Berminat dengan artikel berkaitan
2. Runway ML
Runway ML ni memang lain macam. Ia sesuai untuk mereka yang suka eksperimen dengan video dan nak hasil yang nampak “cinematic”. Banyak tools AI dia yang power, contohnya boleh remove background video tanpa green screen, malah ada fungsi Text-to-Video untuk tulis ayat ringkas, AI terus hasilkan animasi.
Kelebihan:
- Fungsi generatif AI yang sangat kreatif.
- Boleh buat editing advanced dengan mudah.
- Hasil video nampak profesional.
Kekurangan:
- Harga agak mahal untuk fungsi penuh dan langganan.
- Perlu internet stabil dan PC/laptop power RAM Tinggi
Saya pernah cuba Runway untuk buang background video tanpa guna green screen. Jujur, hasilnya lebih kemas berbanding kalau guna aplikasi percuma biasa. Cuma masa tu laptop saya agak “merangkak” sebab software ni berat.
Kalau awak seorang content creator serius yang nak hasilkan konten unik (contoh video iklan atau short film), Runway memang berbaloi. Tapi untuk pengguna kasual, mungkin terlalu “overkill”.
Artikel berkaitan. Kepentingan AI untuk pelajar : Bina generasi Celik Digital
3. Pictory
Pictory sangat berguna untuk blogger atau penulis. Ia boleh ambil artikel panjang, kemudian AI tukarkan jadi video pendek lengkap dengan gambar, footage, dan voice-over. Maksudnya, konten yang sama boleh diolah semula (repurpose) untuk platform berbeza.
Kelebihan:
- Mudah convert teks jadi video.
- Ada pilihan voice-over automatik.
- Sangat berguna untuk content marketing.
Kekurangan:
- Footage kadang-kadang tak kena dengan topik.
- Versi percuma ada limit masa.
Saya pernah test artikel blog “perbezaan SSD vs HDD” dengan Pictory. Dalam masa lebih kurang 10 minit, ia berjaya hasilkan video penerangan siap dengan visual dan voice-over. Walaupun ada beberapa footage nampak random, tapi overall memang jimat masa kalau nak tambah konten ke YouTube atau media sosial.
Kalau awak ada blog atau buat penulisan, cuba Pictory untuk tambah variasi konten. Google pun suka bila artikel disokong dengan video peluang SEO jadi lebih tinggi.
4. Descript
Descript ni memang unik. Bayangkan awak rakam video atau podcast, lepas tu awak boleh edit macam dokumen Word. AI dia akan transcribe audio ke teks, jadi kalau ada tersasul, filler words macam “erm”, “aaa”, “okey” awak cuma delete dalam teks, dan bahagian audio/video automatik terpotong.
Kelebihan:
- Mudah buang filler words, jadi video lebih profesional tanpa perlu rakam semula.
- Ada fungsi overdub – AI boleh tiru suara kita untuk tambah atau ubah audio tanpa rakaman baru.
- Sesuai untuk podcaster, tutor, dan content creator yang banyak bercakap depan kamera.
- Boleh buat highlight atau snippet video pendek untuk media sosial terus dari transkrip.
Kekurangan:
- Ambil masa nak biasakan diri dengan workflow sebab konsepnya berbeza dari editor biasa.
- Fungsi penuh perlukan langganan, terutama untuk overdub dan eksport audio/video berkualiti tinggi.
- Kadang AI transcription ada salah tulis perkataan – kena semak sekali sebelum publish.
Kalau awak banyak bercakap dalam video, Descript memang boleh jimat masa. Untuk newbie, mula dengan versi percuma dulu, biasakan diri dengan transcribe & edit teks, baru explore fungsi overdub.
Baca juga artikel berkaitan
5. Magisto
Magisto pula lebih fokus pada kesederhanaan. Ia sesuai untuk orang yang tak mahu pening kepala belajar editing kompleks. Cara guna mudah pilih klip video, pilih muzik, dan AI terus hasilkan video lengkap dengan transisi dan efek.
Kelebihan:
Sangat cepat dan mudah digunakan.
Banyak template automatik.
Sesuai untuk social media content ringkas.
Kekurangan:
Customization agak terhad.
Hasil video kadang nampak “generic”.
Saya hanya upload beberapa gambar, pilih lagu, dan dalam beberapa minit video siap dengan transisi menarik. Walaupun simple, cukup untuk share di WhatsApp dan Facebook.
Kalau awak tak ada masa dan sekadar nak video ringkas untuk social media, Magisto memang pilihan mudah. Tapi kalau nak hasil lebih unik dan fleksibel, mungkin aplikasi lain lebih sesuai.
![]() |
Gambar dihasilkan oleh AI. 5 Aplikasi Terbaik untuk edit dan buat video |
Kesimpulan
Bagi saya, AI memang dah ubah cara kita edit video. Kalau dulu editing dianggap susah, ambik masa berjam-jam, sekarang hampir semua orang boleh buat konten sendiri dengan bantuan AI. Cuma perlu belajar sikt-sikit dulu, teroka macam mana cara nak pakai. Bila dah mahir memang cepat.
Cadangan saya:
- Kalau awak nak percuma dan senang → CapCut.
- Kalau nak kreatif, efek power → Runway.
- Kalau ada blog dan nak tambah trafik → Pictory.
- Kalau buat podcast/tutorial → Descript.
- Kalau nak cepat siap → Magisto.
Akhir sekali, jangan takut cuba. Saya dulu pun blur nak pilih aplikasi. Tapi lepas test beberapa, saya jumpa yang sesuai ikut gaya saya. Jadi, pilih aplikasi AI edit video yang buat awak rasa mudah, seronok, dan berbaloi dengan masa.
Sekian perkongsian saya dan banyak lagi aplikasi AI yang lain menarik seperti Leonado AI.. Ada solan nak tanya? Tinggalkan diruangan komen.
✨ Baca Juga
Jangan lepaskan peluang untuk baca AI Tool for Students: 10 AI Percuma Terbaik – cara mudah guna AI untuk pelajar, termasuk edit video, belajar, dan projek kreatif!
Post a Comment