Cara Mudah Daftar Custom Domain di Blogger (Blogspot)

  

Cara mudah daftar custom domain di blogger
Buat blog untuk mengisi masa lapang. Cara mudah daftar custom domain di blogger

Ramai yang mula menulis blog biasanya bermula dengan alamat percuma daripada Blogspot, contohnya namablog.blogspot.com. Tiada salahnya gunakan domain percuma ini, malah saya sendiri pernah bertahun-tahun guna domain asal Blogspot sebelum beralih ke custom domain. Namun, bila blog semakin berkembang, keinginan untuk nampak lebih professional dan mudah diingat oleh pembaca akan membuat kita berfikir untuk menggunakan domain sendiri, contohnya namablog.com. 

So, dalam artikel ini, saya akan kongsikan sedikit pengalaman sendiri semasa daftar custom domain ke Blogger. Saya juga akan selitkan beberapa tips dan nasihat supaya anda tak la pening bila pertama kali cuba. Jangan risau, sebenarnya prosesnya tak susah mana pun.

Kenapa Perlu Guna Custom Domain?

Sebelum masuk langkah teknikal, mari kita faham dulu kenapa ramai blogger memilih untuk guna custom domain:

  • Nampak lebih profesional . Blog dengan domain sendiri lebih meyakinkan pembaca dan pengiklan, kalau zaman saya belajar kat U dulu ada pensyarah kata tak boleh letak url yang ada blogspot untuk dijadikan rujukan tesis.
  • Mudah diingat. Bandingkan filanlab.blogspot.com dengan filanlab.com. Mana lebih ringkas?
  • SEO lebih baik. Google sendiri tidak pernah kata domain percuma tak boleh ranking, tapi domain sendiri biasanya lebih kukuh dari segi branding jangka panjang.
  • Kebebasan berpindah . Kalau suatu hari nanti anda mahu pindahkan blog ke WordPress atau platform lain, domain anda tetap boleh digunakan.

Saya sendiri perasan, selepas guna custom domain, trafik organik semakin stabil kerana blog nampak lebih serius dan bukan sekadar projek sementara.

Tempat Beli Domain

Sebelum daftar di Blogger, anda wajib beli domain terlebih dahulu. Ada banyak penyedia domain sama ada tempatan mahupun luar negara. Berikut antara yang popular:

  • GoDaddy.com
  • Serverfreak.com
  • Bluehost.com
  • Exabytes.com
  • Namecheap.com
  • Hostinger.com
  • Google Domains (kini digabungkan ke Squarespace Domains)

Saya secara peribadi guna Serverfreak kerana support mereka pantas dan mudah faham untuk pengguna Malaysia, interface senang faham. Setakat ni, tiada masalah dari segi teknikal. Tapi ikutlah bajet dan keselesaan masing-masing. (Penafian, saya tidak mengiklankan mana-mana domain provider diatas cuma sebagai contoh).

Langkah Daftar Custom Domain di Blogger

Baik, sekarang kita masuk ke bahagian yang paling ditunggu-tunggu iaitu cara sambungkan domain ke Blogger. Proses ni lebih kurang sama walau beli di mana-mana penyedia domain. Saya akan tunjukkan contoh dengan Serverfreak.

1. Log masuk ke Blogger

Masuk ke akaun Blogger anda seperti biasa.

Bina Blog ataupun pilih Blog yang ingin diubah jika sudah ada blog
Log Masuk ke blogger dan pilih blog yang ingin ditukar domain.


2. Pergi ke Setting → Publishing

Skrol ke bawah sehingga jumpa Custom Domain. Masukkan domain yang anda beli (contohnya www.namablog.com) dan tekan Save.

Cara daftar custom domain di blogger : Setting pergi Publishing:Masukkan custom domain.
Masuk setting blog . Pilih Publishing. Masukkan custom domain yang awak dah beli tadi.

↑ Kembali ke Isi Kandungan

3. Salin Maklumat CNAME

Selepas tekan Save, Blogger akan keluarkan mesej error dengan kod CNAME. Jangan risau, itu normal. Jangan tutup paparan tersebut sebab anda perlu salin maklumat CNAME dan Destination untuk dimasukkan ke DNS domain anda.

Salin maklumat CNAME dan Destination. Cara daftar custom domain.
Jangan tutup paparan ni. Salin maklumat CNAME dan Destination.

4. Masuk ke Client Area Penyedia Domain

Login ke akaun tempat awak beli domain. Cari bahagian DNS Management / nameserver.

Pergi sub menu DNS Managemnet. Cara daftar custom domain.
Pergi sub menu DNS Managemnet. Cara daftar custom domain.


↑ Kembali ke Isi Kandungan

5. Tambah Rekod CNAME

Klik Add New Record. Masukkan maklumat Name, Rdata, dan Destination yang Blogger bagi tadi. Simpan perubahan.

Biasanya anda akan masukkan 2 rekod CNAME dan beberapa rekod A (IP Address Google). Contohnya:

Name: www  

Type: CNAME  

Destination: ghs.google.com  

Blogger juga akan beri satu lagi CNAME unik (contohnya abcd1234 → gv-xyz.googlehosted.com). Pastikan masukkan semua dengan betul. TTL Letakkan 14400. 

Cara Mudah Daftar Custom Domain di Blogger (Blogspot) : Isi Bahagian DNS
 Cara Mudah Daftar Custom Domain di Blogger (Blogspot) : Isi Bahagian DNS


Cara Mudah Daftar Custom Domain di Blogger (Blogspot) : Isi Bahagian DNS
Ada 2 CNAME Perlu dibuat. Maklumat CName pada STEP NO 3.

6. Tunggu Proses Propagation

Selepas simpan, tunggu antara 15 minit hingga beberapa jam. Kadang-kadang boleh ambil masa sehingga 24 jam sebelum domain aktif sepenuhnya. Jadi, sementara tunggu, relax dan fikirkan apa menu, topik dan artikel nak buat.

Baca 10 niche terbaik untuk blogger.

↑ Kembali ke Isi Kandungan

7. Kembali ke Blogger & Save

Bila DNS dah dikemaskini, masuk semula ke Blogger dan tekan Save. Jika berjaya, domain baru anda akan terus berfungsi. Jangan lupa aktifkan pilihan Redirect domain.com ke www.domain.com supaya kedua-duanya berfungsi.

Masa saya pertama kali daftar custom domain, memang agak keliru. Beberapa kali kena ulang sebab salah masukkan CNAME. Kena rujuk youtube dan macam-macam lagi.

Tip saya: kalau rasa susah, terus contact support tempat anda beli domain. Biasanya mereka sudi tolong setting DNS.

Nasihat untuk Blogger Baru

  1. Pastikan domain mudah disebut dan diingat. Elakkan nama pelik atau terlalu panjang.
  2. Rancang jangka panjang. Jangan tukar domain banyak kali sebab boleh ganggu SEO.
  3. Gunakan HTTPS. Selepas domain aktif, aktifkan setting HTTPS Redirect di Blogger untuk keselamatan.
  4. Rajin pantau Search Console. Pastikan Google boleh indeks domain baru anda tanpa error.
  5. Kesabaran penting. Kalau domain tak aktif dalam beberapa jam, tunggu dulu. Biasanya bukan masalah besar.

↑ Kembali ke Isi Kandungan

Kesimpulan

Daftar custom domain di Blogger sebenarnya mudah bila ikut langkah yang betul. Dengan domain sendiri, blog anda akan nampak lebih profesional, mudah dikenali, dan memberi keyakinan tambahan kepada pembaca. Tapi, kalau nak teruskan guna domain asal blogspot.com pun tak apa. Ikut kemampuan kita nak beli domain atau tak.

Jadi, kalau anda baru mula menulis blog, jangan takut untuk cuba. Anggap saja proses ini sebagai salah satu langkah penting dalam perjalanan menjadi seorang blogger yang lebih serius.


↑ Kembali ke Isi Kandungan

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut mungkin persoalan yang kita semua akan hadapi.

1. Kenapa domain saya tak boleh redirect ke www?

Ramai yang terlepas pandang benda ni. Bila anda masukkan domain di Blogger, secara default hanya domain utama sahaja yang aktif. Untuk pastikan kedua-dua versi (domain.com dan www.domain.com) boleh diakses, anda kena tandakan pilihan “Redirect domain.com ke www.domain.com” di bahagian setting Blogger. Jika tidak, pembaca yang taip tanpa www mungkin akan nampak error. Nasihat saya, aktifkan terus pilihan ni supaya blog anda mesra pengguna.

2. Kenapa keluar error 404 selepas sambung domain?

Jangan panik bila nampak error 404. Itu bukan bermakna blog anda hilang. Biasanya error ini berlaku sebab proses propagation DNS belum selesai. Propagation ialah masa yang diambil untuk server seluruh dunia kenal domain baru anda. Kadang-kadang ada lokasi yang dah boleh akses, tapi di tempat lain masih belum. Biasanya dalam tempoh 15 minit hingga 24 jam masalah ini akan selesai dengan sendirinya.

3. Saya dah masukkan CNAME tapi masih error?

Ini masalah yang saya sendiri pernah hadapi dulu. Punca utamanya biasanya kerana tersalah taip. Dalam DNS setting, walaupun tersalah letak titik (.) di hujung nama domain atau huruf besar/kecil, ia boleh menyebabkan domain gagal berfungsi. Pastikan anda salin betul-betul maklumat CNAME yang diberikan Blogger. Kalau masih tak jadi, cuba delete record lama dan masukkan semula dengan lebih teliti.

4. Berapa lama masa untuk domain aktif sepenuhnya?

Secara umum, domain boleh aktif seawal 15 minit kalau server domain anda laju. Tapi jangan terkejut kalau ada yang ambil masa sehingga 24 jam. Ini normal kerana setiap penyedia domain ada kelajuan propagation berbeza. Pengalaman saya guna Serverfreak, biasanya kurang daripada 1 jam domain dah boleh akses tanpa masalah. Jadi, kalau baru 10 minit cuba terus refresh, jangan cepat risau.

5. Perlu tak saya update Search Console bila tukar domain?

Ya, ini sangat penting. Bila anda guna domain baru, Google anggap ia sebagai “property” berbeza. Jadi anda perlu tambah domain baru ke dalam Google Search Console. Jangan lupa juga submit semula sitemap. Tujuannya supaya Google cepat kenal domain baru anda dan terus indeks artikel. Kalau abaikan langkah ni, artikel mungkin ambil masa lama untuk naik semula dalam hasil carian. Saya sarankan, selepas domain aktif, benda pertama anda buat ialah update Search Console.


↑ Kembali ke Isi Kandungan

Terima kasih kerana sudah membaca semoga bermanfaat. Jangan lupa tinggalkan komen dan soalan.

Baca juga Tips blogger pemula. 5 kesalahan awal yang perlu dielakkan. 




0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post