Hello, selamat datang ke blog Filanlab.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke dan melawat blog saya. Hari ini saya
akan memberikan pendapat saya tentang kesalahan yang sering dilakukan oleh
mereka yang baru berjinak dengan dunia blogger. Disini juga saya akan berikan
sedikit Langkah-langkah untuk mengelakkannya.
Memulakan kehidupan sebagai seorang
blogger ni memang mudah dan kita selalu bersemangat kan? Maklumlah semua mesti
mempunyai matlamat satu saja iaitu menjana kewangan.Tetapi, dalam rasa
bersemangat yang berkobar-kobar ramai blogger pemula tersalah langkah tanpa mereka
sedari. Akibatnya, blog mereka mungkin tidak berkembang dengan baik seperti
yang diharapkan atau masih kurang mendapat trafik setiap hari. Dalam artikel
ini,saya akan memberikan pandangan saya tentang 5 kesalahan umum blogger pemula
dan cara yang boleh kita buat untuk mengelakkannya.
![]() |
Gambar Hiasan : 5 kesalahan Awal Blogger Pemula dan Cara Elakkannya |
Berikut 5 Kesalahan asas yang pemula lakukan.
1. Tidak Konsisten dalam hasilkan artikel
Ramai pemula bermula dengan penuh
semangat, tetapi selepas beberapa minggu atau bulan, sikap dan semangat itu
mula luntur. Nak buat artikel pun menjadi jarang. Sama macam saya dulu. Lebih -lebih
lagi kalau blog yang kita buat berbulan atau bertahun ditolak oleh adsense.
Memang kaw-kaw drop semangat nak hasilkan artikel. Itu dulu la.
Menurut seorang kawan saya yang
kini dah monetize adsense, dia bagi sedikit ilmu. Google ni dia suka kalau kita
aktif membuat artikel. Maksudnya kena keraplah hasilkan artikel untuk google
crawl mengesan bahawa blog kita aktif. Tak semestinya setiap hari kita ,
sekurang-kurangnya seminggu ada tiga kali pun dah kira okay. Tapi kena jaga la
konten dan kualiti artikel itu paling penting ya. Bukan sekadar sentiasa membuat
artikel tapi tak berkualiti.
Cara Mengelakkan dan Meningkatkan
Konsistensi
- Buat jadual : Set disini berapa artikel nak kita hasilkan (contoh: 2 artikel/minggu).
- Gunakan 'content batching' :Kalau kebetulan masa tu ada masa terluang dan masa lapang. tulis beberapa artikel sekali gus, kemudian upload ikut masa tertentu. Kalau kita set 2 minggu sekali, maka buat posting artikel hari selasa dan sabtu.
- Kemaskini artikel lama : Kalau artikel tu terhad pada tahun lepas, maka ubah ke tahun semasa. Contoh kita hasilkan artikel tahun 2024 , ubah saja tahun ke tahun 2025 atau 2026.
2. Mengabaikan SEO
Kenapa SEO (Search Engine
Optimization). ini penting?SEO ni punca kepada orang jumpa blog kita atau tak. Umpama
ringkas macam ni la, kalau kita tanam durian tapi tak focus bagi baja, tak ada Teknik
penjagaan yang betul, pasti pokok durian kita lambat berbuah. Yang jaga ikut Teknik
penjagaan dan pembajaan pasti berbuah lebih awal. Ramai blogger baru fokus
hanya pada penulisan tanpa memikirkan SEO Akibatnya, artikel mereka sukar
ditemui dipaparkan pada halaman pertama Google. Paparan halaman pertama ini lah
yang semua blogger nakkan.
Dalam hal ini banyak blogger yang
baru bermula, tidak gunakan keyword yang tepat dan sesuai. Keyword perlu sesuai
dan senang dicari oleh pengguna google. Begitu juga dengan tajuk dan meta
descripsi tidak menarik dan tak sama dengan artikel yang dibuat.
Salah satu lagi perkara berkaitan SEO yang kita lupa iaitu Tidak ada internal linking antara post yang artikel yang dibuat. Ingat ya, kalau artikel berkaitan boleh letakkan link di artikel yang kita sedang buat tu. Supaya pengunjung senang mencari maklumat.
Cara Atasi dan elakkan daripada berlaku.
- Kalau saya banyak gunakan alat keyword research seperti Ubersuggest atau Google Keyword Planner. Penting untuk memaksimumkan Keyword kita agar mudah dicari oleh pengguna google. Paling mustahak ialah, pastikan keyword yang kita baut tu ada dalam tajuk artikel, URL, dan 1atau dua kali dalam artikel.
- Gunakan heading (H2, H3) secara betul dan berstruktur. Jangan melangkah struktur heading. H1 ialah tajuk artikel. Sekali saja guna. Ikut susunan yang ada dalam blog major heading, heading dan sebagainya.
- Buat backlink dan internal link. Boleh kongsikan dalam perlbagai media.
3. Terlalu Fokus nak Monet.
Ini perkara biasa termasuk saya
sendiri. Tak semestinya terlalu focus nak dapat duit dari blog ni beri Kesan negatif.
Ada juga Kesan positif nya. Tapi hari ini saya nak sebut tentang dari sudut
yang kurang baik kalau terlalu focus monet. Apabila kita mengejar nak dapatkan
duit, salah satu yang akan terkesan ialah sikap kita. Kita akan menjadi
tergesa-gesa dan serba tak jadi dan menyebabkan kualiti artikel yang kita
hasilkan akan jatuh.
Selain itu, kita akan mudah
tertekan dan ‘burn-out’. Itu belum lagi kalau blog ditolak adsense. Semakin tertekan,so
relax saja. Hasilkan konten dan artikel dengan Santai. Kalau tak sebagai semangat
sebagai blogger pemula akan hilang dengan serta merta.
Masalah apabila terlalu awal monet ialah boleh menjadikan page blog kita lambat loading. Iklan yang ditampilkan kadang-kadang boleh menyebabkan loading page jadi slow. Apabila lambat sangat pembaca blog akan rasa blog kurang berkualiti. Antara risiko awal kalau monet awal tapi pengunjung belum banyak. Kalau lambat sangat loading, mesti orang malas nak buka blog kita lagi.
Cara elakkan.
- Tetapkan fokus dahulu. Bina trafik dahulu (sekurang-kurangnya 1,000 visitors/bulan).
- Sekiranya sudah monet. Maka, elakkan terlalu banyak pop-up ads.
4. Kurangnya Promosi di Media Sosial
Menulis artikel sahaja tidak
cukup ya Kawan-kawan. Ramai blogger pemula tidak aktif promote di platform
sosial, jadi blog mereka sukar berkembang.
Jangan malu, jangan segan. Orang tak marah kalau kita promote di media
sosial yang penting jangan buat artikel menyentuh sensitivity,agama dan topik
yang boleh membuatkan orang lain marah.
Sekarang ni semua maklumat boleh
dicari dihujung jari. Gunakan platform media sosial yang kita ada. Contohnya macam
facebook, Insta, Twitter, Pinterest dan sebagainya.
Cara atasi masalah ini
- Tak ada acara lain. Buat akaun media sosial atau guna sedia ada. Kalau di facebook, buat page dan postkan artikel kita disitu. Begitu juga dengan yang lain. Buang rasa segan ke tepi dulu.
5. Copy Content Orang Lain
Ada blogger pemula yang malas
menulis sendiri dan hanya copy-paste dari blog lain. Ini boleh kena penalty
Google (hilang ranking). Ini paling
bahaya, nanti semasa kita nak index artikel, google akan Kesan kalau posting artikel
yang kita buat tu duplicate dari blog lain. Tak salah nak dapatkan idea dari
orang lain. Tapi berpada-pada, ubahkan ikut penulisan kita sendiri. Silap hari
bulan kita pun boleh kena tindakan undang-undang oleh pemilik asal artikel.
Begitu juga dengan penggunaan AI
sekarang. Kita boleh minta tolong AI hasilkan artikel, tetapi mesti ada lah
perubahan dan tak ketara dibuat oleh AI.
Cara elakkan
- Tulis dengan suara dengan gaya penulisan anda sendiri. Tambah pendapat peribadi tak siapa akan pertikai ap akita tulis selagi ianya betul.
- Seperti yang saya sebutkan tadi. Gunakan AI sebagai bantuan, bukan ganti penulisan kita 100%.
- Kalau kita ambil fakta dari blog orang lain, jangan lupa Quote sumber jika ambil maklumat dari tempat yang kita ambil tu.
![]() |
Gambar Hiasan Sahaja : Maklumat Dalam GSC kalau kita ada duplicate content orang lain akan muncul dalam GSC. |
Kesimpulan
Semua orang buat kesilapan. Seperti
admin sebut tadi. Ini blog ke berapa dah. Kesilapan biasa ini boleh dielakkan
dengan perancangan dan disiplin. Fokus pada kualiti kandungan, SEO, dan promosi
yang konsisten yang penting jangan putus asa.
Apa Langkah Seterusnya?
1. Semak blog anda. Adakah anda
buat salah satu kesalahan ini?
2. Buat jadual untuk hasilkan posting
artikel dengan lebih konsisten.
3. Mulakan promosi di 1 platform
media sosial. Jangan serentak sekaligus. Pening nanti. Kalau admin banyak boleh
la buka banyak platform.
Sekali lagi saya ucapkan terima
kasih kepada yang sudi membaca hingga akhir ini. Kalau ada komen sila
tinggalkan diruangan komen dibawah.
Post a Comment