5 Aplikasi untuk kawal telefon anak-anak

5 aplikasi untuk kawal telefon anak-anak
Gambar dihasilkan oleh AI. 5 aplikasi untuk kawal telefon anak-anak

Hello semua, topik kali ni berkaitan aplikasi untuk kawal anak-anak kita daripada bermain telefon secara berlebihan. Kalau kita tengok anak-anak kecil pun dah pandai guna telefon. Kadang-kadang baru umur 5 tahun, dah tahu buka YouTube, main game, sampai kita pula yang pening kepala nak kawal. Telefon memang ada banyak kebaikan samaada anak boleh belajar, tengok video pendidikan, atau berhubung dengan keluarga. Tapi dalam masa sama, ada juga risiko dan kekurangannya kalau dibiarkan tanpa kawalan.

Sebagai ibu bapa, mesti terfikir: “Macam mana nak pastikan anak tak terlebih main telefon? Macam mana nak elakkan mereka terbuka benda bukan-bukan?”

Jangan risau, sebab sekarang sudah banyak aplikasi parental control yang boleh bantu kita kawal penggunaan telefon anak. Aplikasi ni ibarat “remote control” untuk ibu bapa  dan ianya boleh tetapkan masa, sekat apps tertentu, malah ada yang siap boleh kesan lokasi anak kita.

Mari saya kongsikan beberapa aplikasi parental control yang popular dan berguna untuk ibu bapa di Malaysia.

Baca juga artikel berkaitan : Kebaikan telefon pintar untuk perkembangan awal kanak-kanak

Google Family Link. Boleh digunakan untuk mengawal aplikasi yang digunakan.
Sumber Google Play Store : Google Family Link. Boleh digunakan untuk mengawal aplikasi yang digunakan.

1. Google Family Link

Kalau anda pengguna Android, aplikasi ni memang wajib cuba. Google Family Link boleh kata aplikasi parental control yang paling senang nak guna. Ianya memang sesuai untuk ibu bapa yang baru nak mula kawal telefon anak, sebab tak susah nak setting.

Apa yang best:

  • Boleh hadkan masa skrin, contohnya hanya 2 jam sehari. Jadi anak takkan “terbakar” mata main game sampai lewat malam.
  • Boleh kunci telefon anak bila sampai waktu tidur. So waktu masa nak tidur, tidur lah taka da lah anak kita sibuk scroll TikTok lagi, tengok youtube dan sebagainya.
  • Nampak lokasi anak secara real-time. Kalau anak kata dia pergi kedai, bolehlah kita double check betul ke kedai bukan melepak di tempat lain.
  • Boleh tengok apps apa yang anak muat turun. Kadang-kadang anak install game pelik-pelik, at least kita boleh pantau.

Kekurangan :

  • Fungsi di iPhone agak terhad, jadi kalau anak pakai iPhone, tak semua features boleh digunakan. Nak tak nak tukar ke telefon android.
  • Kalau anak jenis “bijak IT”, ada kemungkinan dia cuba cari cara nak elak kawalan. Biasalah budak zaman sekarang lebih advance daripada kita.

Tapi secara keseluruhan, Family Link ni memang cukup bagus sebagai permulaan. Lagi best, ia percuma  jadi tak perlu keluar duit pun. Pendek kata, kalau anda nak kawal anak main telefon tanpa rasa serabut, Google Family Link ni antara pilihan paling mudah dan mesra ibu bapa.

↑ Kembali ke Isi Kandungan

Kid App Qustudio. Boleh digunakan untuk tetapkan limit penggunaan telefon 2. Qustodio
Sumber Google Play Store : Kid App Qustudio. Boleh digunakan untuk tetapkan limit penggunaan telefon

2. Qustodio

Qustodio ni antara aplikasi parental control yang lengkap. Kalau anda jenis nak kawalan penuh sampai tahap detail, memang sesuai sangat. Bayangkan macam anda ada "cermin ajaib" yang boleh paparkan apa anak buat dengan telefon mereka. itulah lebih kurang fungsi Qustodio ni.

Kelebihan:

  • Ada dashboard khas untuk ibu bapa, jadi tak payah pening nak cari fungsi itu ini. Sekali buka, semua aktiviti anak jelas depan mata.
  • Boleh sekat laman web tak sesuai. Jadi kalau anak cuba buka laman pelik-pelik, terus kena block. Senang kan?
  • Hadkan masa penggunaan harian. Contohnya, anda boleh set 3 jam sahaja sehari untuk internet. Bila dah cukup, telefon automatik tak boleh online.
  • Dapat laporan terperinci tentang apa anak buat dengan telefon. Macam cikgu laporkan pencapaian merekadi sekolah, tapi versi digital khas untuk penggunaan telefon.

Kelemahan:

  • Versi percuma agak terhad. Nak rasa power sebenar Qustodio, memang kena upgrade.
  • Kalau nak fungsi penuh, kena langgan bulanan. Jadi kena keluarkan bajet sikit.

Walaupun kena bayar, ramai ibu bapa rasa berbaloi sebab Qustodio betul-betul bagi ibu bapa tenang sebab dapat memastikan anak kita tidak selamat dari gejala negative. Bayangkan, anda boleh pergi kerja tanpa risau anak asyik layan game online sampai lupa makan. Dengan Qustodio, semua lebih terkawal ibarat ada "pengawas" yang setia memantau 24 jam.

Lindungi Keselamatan anak kita dengan VPN. Baca artikel berkaitan VPN dibawah

VPN dan keselamatan dalam talian

↑ Kembali ke Isi Kandungan

3. Norton Family

Jenama Norton ni memang dah lama terkenal dalam dunia keselamatan komputer. Kalau dulu kita kenal Norton sebagai antivirus, sekarang dia siap ada parental control khas untuk ibu bapa. Jadi, tak hairanlah ramai yang rasa lebih yakin bila gunakan aplikasi ni.

Yang menariknya:

  • Ada fungsi “School Time” untuk bantu anak fokus waktu belajar. Contohnya, waktu 8 pagi sampai 1 petang, apps hiburan boleh kena sekat, jadi anak tak ada alasan nak curi-curi main game masa kelas sedang berjalan.
  • Ibu bapa akan dapat amaran kalau anak cuba akses benda berbahaya. Senang sikit kita nak tahu dan ambil tindakan awal.
  • Sesuai untuk keluarga besar yang ada banyak peranti, sebab Norton Family boleh dipasang sekali gus pada beberapa telefon atau tablet. Jadi tak payah nak set up satu-satu, jimat masa


KeKurangannya:

  • Sayangnya, tak ada versi untuk Mac. Kalau rumah anda banyak guna MacBook, mungkin agak terbatas.
  • Interface pula ada orang rasa kurang mesra berbanding aplikasi lain. Tapi kalau dah biasa guna produk Norton, tak ada masalah sangat.

Secara keseluruhan, kalau anda jenis ibu bapa yang memang utamakan keselamatan digital dan nak elakkan anak daripada terdedah dengan benda-benda pelik di internet, Norton Family memang salah satu pilihan terbaik. 

↑ Kembali ke Isi Kandungan

Parental Kontrol Kidslox. Boleh digunakan untuk melihat pencarian anak dan mengesan aktiviti berbahaya kepada mereka.
Sumber google play store. Parental Kontrol Kidslox. Boleh digunakan untuk melihat pencarian anak dan mengesan aktiviti berbahaya kepada mereka.

4. Kidslox

Kidslox ni agak berbeza berbanding aplikasi lain sebab konsep dia simple dan cepat nak guna. Sesuai sangat untuk ibu bapa yang tak mahu buang masa dengan benda teknikal.

Kelebihan:

  • Boleh tukar mod kawalan dengan satu klik sahaja. Contohnya, tengah makan malam, kita boleh terus tukar ke “lock mode” – habis cerita, anak pun tak boleh main telefon lagi.
  • Sekat apps yang tak sesuai. Jadi kalau anak anda kaki game atau asyik scroll media sosial, anda boleh kawal dengan mudah.
  • Boleh tetapkan masa tertentu, contohnya waktu belajar tak boleh main game. Jadi anak boleh fokus sepenuhnya tanpa gangguan.

Kekurangan:

  • Fungsi penuh kena bayar. Versi percuma ada, tapi terhad la. Kalau nak kawal dengan lebih detail, memang kena langgan juga.
  • Interface agak basic. Tapi pada saya, ini bukan masalah besar sebab senang nak faham dan terus guna. Kadang-kadang yang simple tu lebih praktikal.

Secara keseluruhan, Kidslox ni memang sesuai untuk ibu bapa yang nak kawalan cepat tanpa rasa complicated. Bayangkan macam ada “remote control” khas untuk telefon anak. Sekali tekan, terus settle. Kalau anda jenis suka benda ringkas tapi berkesan, Kidslox boleh jadi pilihan yang baik.


↑ Kembali ke Isi Kandungan


Sumber google play store. Parental Kontrol App Fami Safe. Boleh digunakan untuk blok aplikasi yang kita mahu daripada phone anak-anak.
Sumber google play store. Parental Kontrol App Fami Safe. Boleh digunakan untuk blok aplikasi yang kita mahu daripada phone anak-anak.


5. FamiSafe

FamiSafe ni antara aplikasi parental control yang paling lengkap, dan ramai ibu bapa memang suka sebab ada satu fungsi menarik iaitu geofencing. Bunyi macam canggih kan? Tapi sebenarnya ia mudah saja.  kita boleh tetapkan zon selamat, contohnya kawasan rumah atau sekolah. Bila anak keluar daripada zon tu, terus dapat notifikasi. Jadi kalau anak cakap nak ke rumah kawan, kita boleh tahu betul ke dia ke sana, atau sebenarnya lepak ke kedai.

Apa yang menarik:

  • Boleh kesan lokasi anak on the spot. Senang nak tahu di mana mereka berada, terutama yang suka keluar sendiri.
  • Dapat notifikasi kalau anak keluar daripada zon selamat. Ibarat ada “tol” yang sentiasa minta bayaran sebelum lalu dan jaga pergerakan.
  • Ada alert kalau anak terima mesej berunsur buli atau lucah. Jadi kita boleh ambil tindakan awal sebelum perkara jadi lebih serius.
  • Kawalan masa skrin fleksibel . boleh set ikut jadual harian anak, contohnya waktu belajar bebas dari gangguan telefon.

Kekurangannya:

  • Perlu langgan premium untuk guna sepenuhnya. Fungsi basic ada, tapi kalau nak rasa semua kelebihan, memang kena keluar bajet sikit.
  • Kadang-kadang aplikasi ni guna bateri agak banyak sebab sentiasa on untuk kesan lokasi.

Secara keseluruhan, FamiSafe memang sesuai untuk ibu bapa yang betul-betul risau tentang keselamatan anak, terutama  yang sudah sekolah menengah dan mula bebas keluar rumah. Dengan fungsi lokasi masa nyata dan alert mesej berbahaya, kita rasa lebih tenang walaupun anak tak ada depan mata. Senang cerita, ia macam ada pengawal peribadi  untuk anak kita.


↑ Kembali ke Isi Kandungan

Kesimpulannya

Jangan salah faham ya, aplikasi parental control ni bukan bermaksud kita boleh lepas tangan sepenuhnya. Kawalan digital hanya separuh daripada usaha. Selebihnya masih bergantung kepada cara kita mendidik anak.

Beberapa tip yang boleh kita amalkan:

  1. Berbincang dengan anak . Jangan terus kunci telefon tanpa jelaskan sebab. Kalau anak faham kenapa, mereka lebih mudah terima.
  2. Jadi contoh. kalau kita sendiri asyik dengan telefon, anak pun akan ikut. Hadkan juga penggunaan kita bila bersama keluarga. Bawa mereka baca buku ka. Melentur buluh biarlah dari rebung.
  3. Tetapkan peraturan rumah . contohnya, tak boleh guna telefon semasa makan atau sebelum tidur.
  4. Pantau secara manual . sekali sekala kita ambil masa untuk semak apa yang anak tengok atau main.
  5. Seimbangkan dengan aktiviti lain – galakkan anak main di luar, baca buku, atau sertai aktiviti fizikal.

Teknologi memang tak boleh dielakkan dalam hidup anak-anak kita. Tapi sebagai ibu bapa, kita ada tanggungjawab untuk pastikan mereka guna dengan cara sihat dan selamat. Aplikasi parental control seperti Google Family Link, Qustodio, Norton Family, Kidslox, dan FamiSafe boleh jadi alat bantu yang sangat berguna.

Cuma jangan lupa  aplikasi-aplikasi ini hanyalah alat. Yang paling penting adalah komunikasi, teladan, dan didikan dari kita sendiri. Semoga anak-anak kita menjadi seorang yang berguna dan bertanggungjawab.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa tinggalkan soalan diruangan komen. Boleh juga follow blog saya dan saya amat menghargainya.

Baca Juga

 Kesan Telefon kepada Anak-Anak Bawah 3 Tahun

↑ Kembali ke Isi Kandungan



0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post