![]() |
| Teknologi Kamera yang canggih menyebabkan Premier League Jadi Liga Terbaik didunia. |
Pernah tak anda tengah tengok siaran langsung bola sepak Premier League, tiba-tiba rasa macam… “eh, cantiknya gambar ni, macam tengok filem!”? Semua aksi dari dribble pemain sampai sepakan penalti kelihatan begitu jelas, smooth, dan imersif. Berbanding liga-liga top di eropah, pengalaman menonton Premier League memang lain macam. Tapi kenapa ya? Apa rahsia di sebalik siaran yang nampak premium ni? Jom kita bongkar dari sudut teknologi dan strategi penyiaran.
1. Teknologi Kamera yang Digunakan
Premier League bukan main-main dalam soal kamera. Mereka guna ultra high-definition (UHD) camera, termasuk kamera 4K, dan sekarang ada beberapa perlawanan dah mula guna 8K! Bayangkan, gambar lebih tajam, warna lebih hidup, dan setiap pergerakan bola dapat dirakam dengan tepat.
Selain itu, frame rate tinggi seperti 120fps membolehkan replay kelihatan smooth saja sedap mata memandang. Selain itu, Beberapa kamera canggih yang digunakan:
Spidercam / Cable-suspended cameras
Kamera ini tergantung di atas padang, boleh bergerak bebas ke kiri, kanan, atas dan bawah yang semua ini dikawal secara elektronik. Spidercam membolehkan shot dari udara yang dramatik, memberikan perspektif yang jarang kita dapat tengok di liga lain. Tengok replay menggunakan Spidercam; terasa macam kita “terbang” di atas padang, tengok pergerakan pemain dari atas kepala mereka! Teknologi ni ialah gabungan motor servo canggih dan ada sensor kestabilan untuk memastikan gambar tidak goyang walaupun kamera bergerak laju.
Steadicam
Steadicam pula digunakan untuk close-up pemain, contohnya ketika mereka masuk padang untuk perarakan, petukaran pemain, sebelum penalty dan sebagainya. Kamera ni dipasang pada penggerak stabil yang membolehkan rakaman cantik walaupun operator bergerak mengikuti pemain. Pengarah siaran juga dengan pantas menukar antara Steadicam dan kamera utama, dan hasilnya… tak da bergoncang langsung kan! Teknologi ini buatkan kita rasa seperti berdiri betul-betul dekat pemain.
![]() |
| Penggunaan stedicam menjadikan rakaman cantik |
Super Slow Motion Camera
Ini antara kegemaran saya. Kamera super slow motion boleh merakam sepakan penalti atau gol dengan frame rate sangat tinggi. Bayangkan bola bergerak laju, tapi di skrin kita boleh tengok pergerakan bola, kaki pemain, dan reaksi penjaga gol dengan sangat jelas. Teknologi ni bukan mudah; memerlukan sensor cahaya tinggi supaya imej tetap jelas walaupun frame rate tinggi.
Goal Line Technology Camera
Tak semua orang perasan, tapi kamera ni sangat penting untuk memastikan bola benar-benar melewati garisan gol. Ia menggunakan kombinasi kamera ultra HD dan software pengesanan bola. Hasilnya, tiada kontroversi lagi dan keputusan gol boleh dipastikan dalam beberapa saat sahaja. Jangan fikir pula nak beli pengadil ya. Seluruh dunia tengok dorang main.
![]() |
| Pelaburan yang tinggi Kelab Premier League samaada insfrastruktur mahupun teknologi penyiaranan menjadikan mereka liga terbaik didunia. |
Pelaburan Tinggi
Sky Sports dan BT Sport dilaporkan menghabiskan jutaan pound untuk kamera dan peralatan teknologi canggih semata-mata untuk Premier league. Pelaburan Sky Sports dan TNT Sports (sebelum ini dikenali sebagai BT Sport) dalam teknologi penyiaran untuk Liga Perdana Inggeris (Premier League). Menurut laporan dari The Guardian pada 4 Disember 2023, kedua-dua penyiar ini telah menandatangani perjanjian hak penyiaran UK bernilai £6.7 bilion untuk tempoh empat tahun bermula musim 2025/26. Perjanjian ini merangkumi hak untuk menyiarkan sehingga 270 perlawanan secara langsung setiap musim, dengan Sky Sports memperoleh hak untuk menyiarkan sekurang-kurangnya 215 perlawanan dan TNT Sports memperoleh 52 perlawanan.
Sumber Rasmi : The Guardian :
Premier League agrees new £6.7bn TV rights deal with Sky and TNT Sports.
2. Strategi Penempatan Kamera di Premier League
Bukan sekadar banyak kamera, tetapi penempatan kamera yang strategik menjadikan siaran Premier League lebih imersif. Cara kamera dipasang dan jenis shot yang diambil boleh mempengaruhi pengalaman menonton seperti saya.
![]() |
| Premier League mempunyai view camera yang mantap |
Kamera Utama (Main Camera)
- Biasanya dipasang lebih tinggi di stadium.
- Memberi perspektif taktikal luas, membolehkan penonton melihat susunan pasukan, corak serangan, dan pergerakan pemain.
- Membantu pengarah siaran membuat keputusan pantas bila menukar ke shot lain.
Kamera Sudut Rendah (Low Angle Camera)
- Dipasang dekat padang untuk shot dramatik.
- Sangat sesuai untuk momen seperti gol, dribble, atau tackle penting dan etc.
- Memberi efek “cinematic” yang membuat penonton rasa aksi lebih menegangkan dan dekat dengan padang.
Kamera 360°
- Digunakan di beberapa stadium untuk analisis taktikal lanjutan.
- Boleh merakam seluruh padang secara serentak.
- Memberi pandangan lebih lengkap kepada jurulatih, pemain, dan penonton di rumah.
- Membolehkan replay dari pelbagai sudut sekaligus, menambah pengalaman siaran yang lebih “hidup”.
Kepentingan Penempatan Kamera
- Memastikan visual konsisten dan profesional di setiap stadium.
- Membolehkan pengarah siaran memilih shot terbaik untuk highlight atau replay. Sudut liga Malaysia okay tak?
- Menjadikan penonton lebih faham taktikal perlawanan dan lebih seronok menonton walaupun dari rumah.
Gabungan kamera tinggi, rendah, dan 360° inilah yang menjadikan siaran Premier League jauh lebih “premium” berbanding liga lain di dunia
![]() |
| Penempatan Camera Kelab Liga Perdana Inggeris Mempengaruhi Siaran Langsung DI TV. |
3. Teknik Editing & Post-Production Live
Selain kamera, editing dan post-production live memainkan peranan besar. Dalam beberapa saat selepas aksi penting berlaku, penonton dah boleh tengok replay dari pelbagai sudut. Cepat mereka ni buat kerja.
Antara teknik utama:
- Multicam switching. Pengarah siaran boleh tukar antara 20–30 kamera secara langsung.
- Overlay data grafik real-time. contoh: kelajuan pemain, heat map, xG (expected goals).
- Visual effect ringan. slow motion atau highlight semasa rehat separuh masa.
Kombinasi ni membuatkan siaran Premier League rasa macam filem, bukan sekadar bola sepak biasa. Kalau kita cuba banding dengan liga tempatan, memang terasa bezanya walaupun pemain sama hebat, pengalaman menonton jauh berbeza.
4. Kesan Kepada Pengalaman Penonton
Hasilnya, pengalaman menonton Premier League jauh lebih immersive. Penonton bukan sekadar tengok bola:
- Turut merasa suasana stadium.
- Faham lebih mendalam taktikal permainan melalui sudut kamera luas.
- Terhibur dengan replay dan info grafik menarik.
Jadi sekarang kenapa semua orang sebut liga perdana inggeris Adalah liga terbaik di dunia. Salah satu sebabnya ialah bagaimana pengurusan siaran bola itu sendiri mempengaruhi minat penonton.
5. Peranan AI dalam Penyiaran Premier League
Selain dari penggunaan kamera canggih, Artificial Intelligence (AI) kini memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengalaman penyiaran bola sepak, terutamanya dalam Liga Perdana Inggeris (Premier League). AI mampu mempercepatkan proses pengambilan keputusan, meningkatkan interaktiviti penonton, dan menyediakan laporan cepat buat penonton. So ini AI yang mereka gunakan.
AI Camera Tracking
Salah satu aplikasi AI yang paling ketara dalam penyiaran Premier League adalah AI Camera Tracking. Sistem ini memang padu guna kamera berteknologi tinggi untuk mengesan pergerakan bola dan pemain secara automatik tanpa ada dikawal oleh manusia. Sebab tu pengambilan gambar yang lebih tepat, lancar, dan cepat, walaupun aksi berlaku di kawasan padang yang luas. Sebagai contoh, sistem ini dapat mengesan pergerakan pemain dengan kelajuan sehingga 200 kemas kini sesaat, dan mampu menjejak sehingga 10,000 titik data pada setiap pemain pada satu masa .
Analisis Data
Mereka guna AI untuk memproses data seperti kelajuan pemain, kedudukan pemain, dan statistik lain secara real-time. Data ini kemudian dipaparkan kepada penonton melalui grafik dan animasi khas, kita pun lebih faham macam mana kebolehan seseorang pemain. Sebagai contoh, semi-automated offside technology (SAOT) yang diperkenalkan dalam Premier League menggunakan AI untuk mengesan kedudukan pemain dan bola, serta menentukan keputusan offside dalam masa beberapa saat.
![]() |
| Statistik perlawanan ada dikira menggunakan AI. |
Sumber : https://www.premierleague.com/en/news/4256036
Highlight auto
Dalam pada tu, liga perdanan juga guna AI untuk dapatkan highlight moment penting. Sistem AI yang mereka cipta ni dapat mengesan momen seperti gol, penyelamatan, atau sepakan penalti, dan secara automatik menghasilkan highlight tanpa perlu menunggu editor manual dari teknician. Ini membolehkan penonton menikmati sorotan segera selepas momen penting tu berlaku.
Pengalaman tontonan
Lebih menarik lagi, AI digabungkan dengan VR (Virtual Reality) dan AR (Augmented Reality). Contohnya, Burnley FC pernah cuba siaran langsung perlawanan melalui aplikasi VR mereka. Penonton yang guna VR seolah-olah “turun padang” bersama pemain, tengok setiap pergerakan, sorakan penonton, dan momen penting dengan lebih realistik.
![]() |
| Pengalaman tontonan yang menarik akan meningkatkan minat seseorang dalam menonton sesuatu siaran langsung bola sepak. |
Pengalaman macam ni buat kita rasa lebih dekat dengan perlawanan bukan sekadar tengok di skrin, tapi betul-betul rasa berada dalam stadium. Teknologi ini menunjukkan bagaimana penyiaran bola sepak boleh jadi lebih interaktif dan menghiburkan, sambil mengekalkan keseronokan menonton
Kerjasama dengan Microsoft
Untuk memperkukuhkan penggunaan AI, Premier League telah menjalin kerjasama strategik dengan Microsoft. Melalui kerjasama ini, Microsoft menyediakan sokongan AI dan cloud untuk platform digital Premier League, membolehkan penyampaian kandungan yang lebih peribadi dan interaktif kepada lebih 1.8 bilion peminat di seluruh dunia.
6. Kesimpulan
Kualiti siaran Premier League yang luar biasa bukan kebetulan. Ia hasil gabungan:
- Teknologi kamera canggih (4K, 8K, 120fps)
- Strategi penempatan kamera yang tepat
- Editing profesional secara langsung
- Pelaburan besar oleh broadcaster
Maka tidak hairan, walaupun tengok dari rumah, rasa macam duduk dekat dalam stadium. Liga lain mungkin hebat di padang, tapi dari segi penyiaran, Premier League masih nombor satu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi apa pandangan awak semua? Bagaimana dengan standard liga kita? Tinggalkan soalan di ruangan komen dan saya amat menghargainya. Terima kasih.







Post a Comment