![]() |
Gambar dihasilkan oleh AI. 10 Ai tool for students : Percuma Untuk Pelajar |
Sekarang
ni, belajar tak sama macam saya dulu-dulu. Kalau dulu pelajar banyak bergantung
pada buku teks, nota pensyarah, cari bahan ke librari dan group study, kini
teknologi dah ubah cara kita belajar. Antara teknologi paling popular sekarang
sudah tentu menggunakan Artificial Intelligence (AI). Tapi dengan cara
yang berhemat.
AI bukan
sahaja digunakan dalam industri besar, tapi juga dah masuk dalam kehidupan
pelajar. Banyak kerja jadi lebih mudah. Contohnya buat nota automatik, check
grammar, buat slide presentation, sampai lah ke selesaikan soalan matematik.
Yang lebih menarik, banyak AI tool untuk pelajar ni boleh digunakan
secara percuma!
Jadi dalam
artikel ini, saya akan kongsikan 10 AI percuma terbaik untuk pelajar
yang boleh membantu anda belajar dengan lebih efektif, jimat masa, dan hasil
kerja pun nampak lebih profesional. Tapi bukan untuk buat kerja last minit ya. Harus
juga menjaga disiplin diri.
AI Tool for Students: ChatGPT untuk mencari maklumat, ringkasan, membuat arahan.
1. Chatgpt
Kalau sebut AI, ramai yang terus teringat ChatGPT. Tool ni ibarat kawan yang boleh jawab hampir semua soalan, dari esei Sejarah sampai lah programming. Pelajar boleh gunakan ChatGPT untuk dapatkan idea awal, tapi assignment tetap kena olah semula supaya tak nampak copy-paste. Come on, jangan guna 100% pula ya.
- Kegunaan utama: Bantu kita faham topik yang sukar (boleh minta terangkan ikut tahap/langkah), buat ringkasan nota panjang, cadangkan outline esei dengan lengkap dengan hujah, dan brainstorm idea projek atau soalan kajian
- Kelebihan: Sangat mudah digunakan, respons pun pantas, mesra Bahasa Melayu & Inggeris, sesuai untuk dapatkan idea awal, susun draf, dan semak struktur penulisan. Versi percuma sudah memadai untuk kegunaan asas pelajar. Untuk versi berbayar lagi bagus.
- Kekurangan: Ada berisiko sikit iaitu jawapan kurang tepat/terlalu umum. Jadi elakkan salin bulat-bulat. semak semula dengan buku teks/jurnal/laman rasmi dan tapis fakta sebelum dimasukkan dalam tugasan. Versi premius sangat mahal.
2. Grammarly
Bagi pelajar yang selalu tulis esei, laporan,nota-nota atau email rasmi dalam Bahasa Inggeris, Grammarly memang lifesaver. AI ini bukan sahaja detect kesalahan grammar, ejaan, dan tanda baca, tetapi juga boleh menilai gaya penulisan agar lebih formal, jelas, dan mudah difahami. Sesuai untuk tugasan sekolah, universiti, dan komunikasi profesional. Untuk pelajar sangat penting bila perbentangan.
- Kegunaan utama: Betulkan esei, laporan, email rasmi, projek akademik, dan tesis; boleh juga bantu ringkaskan ayat panjang supaya lebih padat dan tersusun.
- Kelebihan: Versi percuma sudah mencukupi untuk kegunaan asas; boleh semak grammar secara cepat, memberi cadangan frasa lebih sesuai, dan meningkatkan kualiti penulisan. Sangat membantu pelajar yang ingin menulis dengan lebih profesional tanpa perlu rujuk buku grammar panjang.
- Kekurangan: Cadangan lanjutan seperti sinonim kreatif, pengecaman nada tulisan, dan analisis plagiarism hanya ada pada versi premium.
Tip ringkas:
Gunakan Grammarly sebagai pembantu;
baca cadangan AI, tapis, dan sesuaikan dengan gaya penulisan sendiri supaya
tugasan tetap original.
![]() |
AI Tool for Students: Quillbot sesuai untuk pelajar menyusun semula ayat yang didapat dari AI lain seperti Chatgpt. |
3. Quillbot
Kadang-kadang pelajar kena buat assignment yang rujuk banyak artikel atau
jurnal. Kalau copy bulat-bulat,
boleh kena plagiarism. Di sinilah QuillBot membantu dengan menyusun semula ayat
supaya lebih tersusun dan mudah difahami, tanpa mengubah maksud asal. AI ini
juga boleh meningkatkan kelancaran bahasa,
memadankan gaya formal atau santai mengikut keperluan tugasan. Contohnya kita
minta artikel dari Chatgpt, boleh gunakan Quillbot untuk susun agar tak didetect
plagiat.
- Kegunaan utama: Menyusun semula ayat, memperbaiki struktur ayat, dan bantu pelajar menghasilkan esei panjang atau laporan akademik yang lebih kemas.
- Kelebihan: Membantu elak plagiarism, menjadikan penulisan lebih jelas dan tersusun, sesuai untuk pelajar yang banyak rujuk artikel atau jurnal.
- Kekurangan: Versi percuma ada had jumlah perkataan yang boleh disusun; untuk dokumen panjang, mungkin perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian dan agak memakan masa.
Tip Ringkas : Gunakan QuillBot untuk idea susunan ayat dan perbaiki flow,
tetapi pastikan anda tetap semak fakta
dan gaya sendiri supaya tugasan kekal original. Jangan harapkan 100% Ai.
https://quillbot.com/paraphrasing-tool
![]() |
AI Tool for Students: Notion jadikan kerja kita lebih teratur dan mudah |
4. Notion Ai
Kalau anda jenis pelajar yang banyak assignment
dan suka buat nota digital, Notion AI memang sesuai. Ia bukan
sekadar tempat buat nota, tetapi juga mempunyai fungsi AI yang boleh ringkaskan
teks panjang, buat cadangan jadual belajar, dan bantu susun maklumat
secara sistematik. Sesuai untuk pelajar yang suka mengurus projek, tugasan
kumpulan, atau bahan rujukan dengan lebih teratur.
- Kegunaan
utama: Buat nota akademik, urus jadual belajar,
simpan dan susun sumber rujukan, serta buat senarai semak tugasan.
- Kelebihan: Versi percuma sudah cukup untuk kegunaan asas; memudahkan study group
berkongsi nota, jadual, dan idea projek. AI boleh bantu ringkaskan teks, buat
cadangan checklist, dan beri tips susun kerja lebih efisien.
- Kekurangan: Fungsi AI penuh seperti analisis kandungan mendalam atau penjana idea
automatik hanya tersedia untuk pengguna berbayar.
Tip: Gunakan
Notion AI untuk merancang, mencatat, dan menguruskan tugasan supaya
pelajar lebih fokus dan masa belajar lebih teratur.
![]() |
AI Tool for Students: Canva adalah salah satu aplikasi yang banyak kelebihan dari buat video,audio,gambar, presentation dan sebagainya |
5. Canva Ai
Bila pensyarah minta buat presentation,
ramai pelajar rasa pening nak reka slide yang menarik dan kemas. Tapi
dengan Canva AI, anda boleh hasilkan poster, infografik, atau slide
pembentangan profesional dalam masa singkat, tanpa perlu mahir design. AI
dalam Canva boleh cadangkan layout, kombinasi warna, font, dan susunan elemen
supaya nampak kemas dan menarik perhatian. Canva sangat lengkap dengan premium kita boleh hasilkan video yang menarik.
- Kegunaan
utama: Buat slide pembentangan, poster, infografik,
bahan promosi projek atau tugasan akademik.
- Kelebihan: Ada banyak template percuma, mudah digunakan, sesuai untuk
pelajar yang mahu hasil kerja cepat tapi nampak profesional. AI boleh bantu
susun elemen, pilih font dan warna secara automatik.
- Kekurangan: Beberapa elemen premium atau template eksklusif hanya untuk pengguna
berbayar; sesetengah fungsi advanced memerlukan langganan Canva Pro. Kredit
untuk free version Adalah limited.
Tip: Gunakan Canva AI untuk idea visual dan
layout, tetapi tambah sentuhan sendiri supaya slide lebih kreatif dan sesuai
dengan gaya pembentangan kita.
AI Tool for Students: Perplexcity memberikan ulasan dengan sumber rujukan
6. Perplexcity Ai
Kalau nak buat assignment atau research, kadang-kadang Google atau aplikasi Ai yang lain beri terlalu banyak hasil dan sukar nak pastikan sumber sahih. Perplexity AI menyelesaikan masalah ini dengan memberi jawapan yang lebih fokus, lengkap dengan sumber asal atau pautan rujukan. Pelajar boleh cepat semak fakta, buat nota, atau dapatkan idea tanpa tersesat dalam banyak laman web yang kurang relevan.
- Kegunaan utama: Cari maklumat akademik
dengan rujukan yang jelas, ringkaskan artikel panjang, dan semak fakta untuk
tugasan atau projek.
- Kelebihan: Senang semak sumber, elak maklumat palsu, dan
hasil carian lebih tepat berbanding carian biasa. Membantu pelajar menjimatkan
masa dan meningkatkan kualiti tugasan.
- Kekurangan: Versi percuma ada had bilangan carian,
jadi untuk kajian panjang mungkin perlu buat carian berperingkat.
Tip: Gunakan Perplexity AI untuk dapatkan maklumat utama dan sumber rujukan dahulu, kemudian baca sumber asal untuk analisis lebih mendalam sebelum masukkan dalam sebagai rujukan. Takut info lain pula.
AI Tool for Students: Wolfram membantu kita memahami jalan kira step by step
7. Wolfram Alpha
Kalau
pelajar aliran STEM, Wolfram Alpha memang sangat berguna. AI ini
boleh selesaikan masalah matematik, fizik, kimia, statistik, malah ada
fungsi untuk analisis data dan graf. Ia bukan sahaja bagi jawapan, tetapi juga tunjukkan
langkah penyelesaian secara terperinci, jadi pelajar boleh faham proses
bukannya hanya salin jawapan. Mudah kan? Kalau saya dulu menangis nak tahu
betul ke tak.
Kegunaan
utama: Menjawab soalan matematik, fizikal, kimia,
atau statistik dengan langkah penyelesaian; bantu buat graf, jadual, dan
analisis data.
Kelebihan: Sesuai untuk kiraan kompleks, membolehkan pelajar faham konsep dan
proses, bukan sekadar jawapan. Boleh bantu ulang kaji subjek yang susah
dengan cara yang lebih visual dan interaktif.
Kekurangan: versi
percuma ada limit untuk jenis soalan tertentu atau jumlah penggunaan harian. Kadang step by step dia tak tunjuk habis dan separuh jalan saja. Nak tengok habis jalan kira kena upgrade pro.
Tip: Gunakan
Wolfram Alpha untuk belajar selesaikan masalah secara sistematik, bukan
hanya untuk copy jawapan, supaya kita betul-betul faham konsep.
AI Tool for Students: Otter Ai boleh menjadi pendengar dan pencatat kita
8. Otter Ai
Kadang-kadang pensyarah bercakap laju, atau
perbincangan kumpulan terlalu cepat, jadi susah nak catch up. Otter.ai
boleh merakam audio dan secara automatik menukar rakaman itu kepada
teks, menjadikan nota lebih cepat dan tersusun. Pelajar boleh highlight,
search, atau kongsi transkrip dengan rakan lain, sesuai untuk ulang kaji
atau semakan tugasan. Jangan otter untuk tidur dalam dewan kuliah yer. Tak baik walaupun otter boleh rekod audio.
- Kegunaan
utama: Transkrip kuliah, sesi perbincangan kumpulan,
webinar, atau sesi belajar online; boleh buat nota ringkas dari teks yang
dihasilkan.
- Kelebihan: Jimat masa buat nota, mudah disemak, boleh highlight atau cari
perkataan tertentu dalam teks, dan sesuai untuk pelajar yang banyak kuliah atau
seminar.
- Kekurangan: Versi percuma ada had jumlah minit rakaman; untuk rakaman
panjang, perlu upgrade atau buat berperingkat.
Tip: Gunakan Otter.ai untuk merakam dan semak
semula kuliah selepas kelas; tambah nota sendiri pada transkrip supaya
lebih mudah faham.
AI Tool for Students: Gemini adalah backup kepada CHatgpt. Kalau Chatgpt dah habis free plan limit boleh pergi Ke gemini. |
9. Gemini
Sebagai pesaing ChatGPT, Google Bard
(kini dikenali sebagai Gemini) menawarkan kelebihan utama kerana ia terhubung
terus dengan Google Search, jadi pelajar boleh dapatkan maklumat lebih
terkini dan relevan. Bard sesuai untuk ringkasan topik, brainstorming idea
projek, atau menyemak fakta, terutamanya untuk tugasan yang memerlukan data
terbaru atau kajian semasa.
Kegunaan utama: Tanya soalan akademik, buat
ringkasan teks panjang, dapatkan info terkini, dan cadangan idea projek atau
assignment.
Kelebihan: Maklumat lebih up-to-date berbanding ChatGPT
versi percuma, respons pantas, boleh dijadikan rujukan awal sebelum semak
sumber asal. Sesuai untuk tugasan yang memerlukan fakta semasa atau statistik
terbaru.
Kekurangan: Kadang-kadang jawapan terlalu umum atau
kurang mendalam; pelajar tetap perlu semak silang dengan sumber rasmi
sebelum masukkan ke dalam tugasan.
Tip: Gunakan Gemini khas untuk dapatkan gambaran awal atau ringkasan cepat, kemudian
gabungkan dengan kajian dari buku teks, jurnal, atau laman rasmi supaya tugasan
lebih tepat dan menyeluruh.
AI Tool for Students: Slidego Sama seperti Canva tetapi lebih mudah
10. Slidego Ai
Selain Canva, pelajar boleh cuba Slidesgo. Sama seperti canva ianya dengan bantuan AI, ia boleh hasilkan template PowerPoint yang
lebih kreatif dan kemas dengan cepat, sesuai untuk presentation kelas, projek
kumpulan, atau pembentangan akademik. Slidesgo juga memudahkan kita yang
kurang mahir design atau lebih tepat lagi malas dan kesuntukkan masa selain last minit kerja, untuk hasilkan slide yang profesional dan menarik perhatian
audiens.
- Kegunaan utama: Buat slide pembentangan
dengan cepat, cantik, dan tersusun; sesuai untuk tugasan, projek akademik, atau
seminar pelajar.
- Kelebihan: Banyak template percuma untuk pelajar,
pelbagai kategori (edukasi, sains, business), AI boleh cadangkan layout dan
susunan elemen supaya slide lebih profesional.
- Kekurangan: Perlu akaun Google untuk akses penuh,
beberapa template dan elemen premium hanya boleh digunakan dengan langganan
berbayar.
Tip: Gunakan
Slidesgo untuk mempercepat proses reka slide, kemudian tambah sentuhan
kreatif sendiri seperti gambar, grafik, atau animasi supaya presentation lebih
unik dan menarik.
Guna AI dengan Bijak Sebagai Pelajar
- Jangan malas belajar . AI boleh bantu ringkaskan nota, buat idea, atau susun rangka esei, tetapi ilmu sebenar datang daripada usaha sendiri. Gunakan AI sebagai pembantu, bukan pengganti belajar. Datang U bukan untuk tidur dan main ya.
- Semak semula jawapan AI . Kadang jawapan AI kurang tepat atau terlalu umum. Pastikan fakta disahkan daripada buku teks, jurnal, atau sumber rasmi, elakkan copy-paste terus ke tugasan. Ubah-ubah la sedikit.
- Kreativiti tetap penting . Gunakan AI untuk idea awal, outline, atau contoh, tetapi hasil akhir biar gaya sendiri.
- Elak plagiarisme . AI hanya sebagai panduan atau alat bantu. Jangan serahkan karya AI bulat-bulat. Rephrase, tambah insight sendiri, dan pastikan sumber dirujuk.
- Gunakan AI untuk menjimatkan masa, bukan menggantikan pemikiran . Contohnya, ringkasan nota , tetapi gunakan masa yang untuk mengulang kaji, buat latihan, dan analisis lebih mendalam.
Kesimpulan
AI memang dah jadi sebahagian daripada dunia
pembelajaran moden. Dengan adanya AI tool percuma untuk pelajar, kerja
jadi lebih mudah, cepat, dan hasil nampak lebih profesional.
Tapi ingat, AI bukan pengganti usaha
pelajar. Gunakan ia sebagai alat bantu, bukan jalan pintas. Kalau bijak
memanfaatkan 10 AI tool yang saya senaraikan ini, pembelajaran anda bukan
sahaja jadi lebih mudah, malah lebih menyeronokkan.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa tinggalkan komen jika ada persoalan. Terima kasih.
Post a Comment