Perbedaan hdd dan ssd. Mana lebih bagus digunakan.

 

Perbedaan HDD Drive Vs SSD Drive
HDD Drive atau SSD Drive

‘‘Bro kenapa laptop kau laju sangat masa startup? Kenapa pula laptop aku ni slow gila macam sloth nak panjang pokok. Kena virus atau macam mana. Haaa, pernah tak korang alami perkara macam ni?  

Rahsianya terletak pada jenis storan dalam laptop tu sendiri yang digunapakai sama ada HDD (Hard Disk Drive) atau SSD (Solid State Drive). Sebenarnya, dua benda ni adalah sama fungsinya tempat simpan data kita. So dalam artikel ni saya nak kupas dan Kongsi sikit tentang dua storan tu tadi.

 Artikel Berkaitan 

Tanda Laptop Kena virus :9 tanda awal

HDD tu apa?

HDD ni sebenarnya teknologi lama yang masih digunakan sampai sekarang. Cara dia simpan data pun menarik, sebab ada piring berputar kat dalam tu. Macam piring hitam zaman dulu, tapi versi digital. Bila nak buka fail, jarum kecil akan baca data atas piring tu.

Kelebihan HDD? Yang paling jelas, murah dan besar storan. Dengan harga yang sama, kita boleh dapat HDD 1TB berbanding SSD yang mungkin baru 256GB. Jadi kalau jenis suka simpan movie, gambar, fail kerja banyak-banyak, HDD memang masih relevan.

Cuma kelemahannya, HDD ni berat sikit, bunyi berdesing kadang-kadang boleh dengar, dan lagi satu… lambat. Bila nak buka laptop, kadang kena tunggu kopi panas dulu baru sempat loading habis.

 

Penerangan - Apa Pula SSD?

SSD ni ibarat upgrade zaman moden. Tak ada komponen bergerak, semua pakai cip memori macam pendrive besar. Sebab tu laju gila. Buka laptop? Sekejap je. Buka aplikasi berat macam Photoshop atau game pun smooth.

Kelebihan utama SSD ialah:

  • Laju – Booting dan loading sekejap je, tak sempat nak buat kopi pun dah siap.
  • Ringan – Sesuai sangat untuk laptop nipis dan ultrabook, tak rasa macam bawa bata ke kelas atau pejabat.
  • Tahan lasak – Tak ada piring bergerak macam HDD, jadi kalau terjatuh sikit (jangan selalu pulak 😅), risiko rosak tu lebih rendah.
  • Senang multitasking – Nak buka banyak tab Chrome, sambil dengar lagu, edit gambar… semua lancar je.
  • Kurang panas & senyap – Tak ada kipas kecil atau cakera berpusing, jadi laptop lebih sejuk dan senyap, tak ada bunyi “berdengung” macam HDD lama.
  • Jimat bateri – SSD guna tenaga lebih rendah berbanding HDD, jadi laptop boleh tahan lama sikit kalau tak dicas.
  • Umur panjang – Dengan teknologi sekarang, SSD lebih tahan untuk penggunaan harian. Nak simpan assignment, gambar, video bertahun-tahun pun tak ada hal

Tapi biasalah, harga SSD agak mahal kalau nak storan besar. Sebab tu ramai orang beli laptop dengan SSD 256GB atau 512GB je.


Perbandingan Ringkas HDD vs SSD

Aspek

SSD (Solid State Drive)

HDD (Hard Disk Drive)

Kelajuan

Sangat laju – boot Windows, buka game, dan transfer fail besar hanya ambil masa sekejap.

Perlahan, perlu tunggu loading lebih lama.

Harga

Mahal per gigabyte, agak “pedih” di poket.

Lebih murah dan sesuai untuk bajet kecil dengan storan besar.

Ketahanan

Tahan lasak sebab tiada bahagian mekanikal bergerak.

Mudah rosak jika jatuh kerana ada piring berputar.

Storan

Biasanya digunakan untuk sistem (Windows, software, game utama).

Sesuai untuk simpan data besar seperti movie, backup, dan koleksi fail.

Berat & Bunyi

Ringan, senyap, sesuai untuk laptop moden yang nipis.

Lebih berat, bunyi berdesing atau “klik-klik” boleh kedengaran.

Penggunaan tenaga

Lebih jimat bateri kerana tiada motor bergerak.

Lebih kuat makan bateri.

Panas

Lebih sejuk walaupun digunakan lama.

Lebih cepat panas kerana komponen mekanikal.

Umur penggunaan

Ada had kitaran tulis, tapi teknologi moden menjadikan jangka hayat panjang.

Boleh bertahan lama, tapi risiko haus atau rosak akibat hentakan lebih tinggi.

Saiz fizikal

Lebih kecil (2.5 inci atau jenis M.2/NVMe yang nipis).

Lebih besar (2.5 inci untuk laptop, 3.5 inci untuk PC).

Jadi, Mana Yang Patut Dipilih?

Kalau awak guna laptop untuk kerja ringan, belajar, atau sekadar simpan fail, HDD masih okay sebab murah dan berbaloi untuk storan besar. Tapi kalau awak jenis nak kelajuan, nak kerja pantas tanpa tunggu loading, SSD memang pilihan terbaik.

Ramai orang sekarang pilih gabungan dua-dua. Contohnya, SSD 256GB untuk sistem & aplikasi, manakala HDD 1TB untuk simpan semua movie, game, dan dokumen. Tapi kalau ada lebih bajet boleh tukar ke SSD kedua-dua nya. Ba kata orang, kalah membeli menang memakai. Tapi pilihan ditangan masing-masing.

Baca Juga artikel berkaitan disini 🔝Kenapa Jadi Laptop Lag dan Lembab

Upgrade Storan Laptop HDD ke SSD

Kalau laptop awak lama dan masih pakai HDD, boleh pertimbangkan tukar ke SSD. Percaya atau tidak, kadang-kadang tukar ke SSD je dah buat laptop rasa macam baru beli. Booting dari 1 minit jadi 10 saat je. Memang puas hati.

Nak upgrade tak susah pun, kebanyakan kedai komputer boleh tolong. Beli SSD kat kedai ,mereka akan offer buat pemasangan. Kalau rajin DIY, banyak tutorial kat YouTube dan boleh buat sendiri dirumah. Cumanya bahaya la, takut tertinggal pasang skrew, habis jahanam laptop kita.

 
SSD Vs HDD. Mana yang lebih bagus? Peningkan?
SSD Vs HDD. Mana yang lebih bagus? Peningkan?

Konklusinya

Pendek kata, berdasarkan perbedaan yang disenarikan diatas. HDD ni sesuai kalau nak jimat duit dan perlukan ruang simpanan besar. Tapi kalau nak rasa laptop laju, smooth, tak stress tunggu loading, SSD memang pilihan terbaik.

Kalau ada bajet lebih, ambil kombinasi dua-dua. Tapi kalau terpaksa pilih satu je, saya berani kata – pilih SSD. Percayalah, hidup jadi lebih mudah bila laptop tak lembab lagi. 

Ada pepatah mengatakan 

'' Kalah membeli menang memakai''.

 Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow dan share. Saya sangat menghargainya. Andai ada pertanyaan tinggalkan soalan di ruangan komen dibawah.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post