Modus Operandi Sindiket Penipuan ( 7 paling Popular Sering berlaku di Malaysia)

 

Laman Rasmi JSJK untuk membuat semakan berkaitan dengan penipuan atas talian.
Laman Rasmi JSJK untuk membuat semakan berkaitan dengan penipuan atas talian.

Penipuan dalam talian semakin berleluasa di Malaysia saban tahun. Setiap hari muncul penipuan dengan pelbagai taktik yang semakin licik. Ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa, sama ada melalui media sosial, panggilan telefon atau aplikasi pesanan. Dalam artikel ini, kita akan lihat 7 bentuk sindiket penipuan yang paling kerap berlaku agar anda lebih berhati-hati dan tidak terjerat. 

Walaupun banyak langkah-langkah pencegahan di ambil orang pihak kerajaan namun masih ada yang terpedaya dan ditipu oleh si penipu ini. Lebih parah lagi kehilangan duit yang banyak hingga beribu-ribu malah ada kehilangan ratus ribu. Pada tahun 2022, menurut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia jumlah kerugian yang disebabkan oleh penipuan ialah RM1.73 billion. Hebat betul penipu-penipu ini kan?

Dah pun namanya penipu memang mereka bijak. Mereka menggunakan akaun orang lain untuk dijadikan transit kewangan hasil daripada penipuan. Ini disebut sebagai keldai akaun. Macam mana mereka mencari keldai akaun? Melalui promosi ingin menyewa akaun bank di medai sosial. Jadi, sebagai rakyat kita seharusnya lebih berhati-hati sebelum terkena.

Kenali 7 jenis-jenis penipuan dan juga modus operandinya

Kita boleh mengecek status penipuan di web CCID Portal atau di link ini. https://semakmule.rmp.gov.my/

Isi Kandungan

1. Penipuan Barang Murah.
2. Panggilan Palsu Macau scam.
3. Pengiklanan kerja sambilan
4. Penipuan cabutan bertuah
5. Cinta Palsu atau Love scam
6. Penipuan skim cepat kaya
7. Pengodaman Aplikasi dengan Tac 

1. Penipuan barang murah dan Percuma

Apakah itu penipuan barang murah? Taktik barang murah ini contohnya menjual atau melelong sesuatu barang kononnya pada harga yang teramat murah dan tak masuk akal.

Antara barang-barang murah atau lelong yang selalu dijadikan iklan. Dan jangan lupa mereka akan letak stok adalah terhad. Ini mendorong kepada pelanggan supaya cepat membuat pembelian.

  • Basikal elektrik
  • Motorsikal
  • Kereta
  • Emas
  • Sofa
  • Pekakas dapur
  • Televisyen
  • Kasut berjenama

Modus operandi mereka.

  1. Mereka buat akaun palsu di medai sosial dengan menggunakan jenama kedai yang popular.
  2. Mereka akan membuat iklan jualan dan lelongan yang tak masuk akan. Contohnya motorsikal masih baru yang berharga RM5000 mereka jual RM999. Sofa baru harga RM8000 mereka jual RM1000. Alasan penjualan murah seperti ada calar, ditolak kilang dan sebagainya.
  3. Jika ada yang berminat mereka akan pm harga dan membawa masuk ke dalam group whatsap atau telegram. Mereka akan meminta wang pendahuluan atau deposit terelebih dahulu. Selepas mangsa membuat deposit mereka akan meminta bayaran penuh dan sebagainya. 
  4. Jika ada pelanggan bertanyakan lokasi dan kedai mereka akan memberikan alamat yang sama dengan kedai ori.
  5. Senang nak kenal pasti penipuan ini mereka menggunakan akaun peribadi atau keldai akaun untuk proses pembayaran.

 

2. Panggilan Palsu Macau scam .

Penipuan panggilan palsu ni dimana penipu  menyamar sebagai pegawai LHDN dan memberitahu kita ada cukai tertunggak belum dibayar. Ada kes ialah Syarikat yang menggunakan nama dan maklumat peribadi kita menubuhkan syarikat dan tidak membayar cukai. Ingat kawan, LHDN hanya menghantar emel kalau ada notis pemberitahuan dari emel rasmi LHDN. Mereka juga tidak akan menghubungi kita melalui telefon lebih-lebih lagi masa hujung minggu.

Modus operandi.

  1. Mula-mula satu operator telefon kol menggunakan nombor peribadi, kata-katanya  berbunyi macam ni. Anda mempunyai jumlah tunggakan cukai yang belum dibayar. Ini adalah amaran terakhir. Sila tekan 2 untuk bercakap dengan pegawai kami. (Untuk peringatan. LHDN tidak akan membuat panggilan)
  2. Apabila sambungan diteruskan pegawai palsu LHDN akan mengatakan kita ada syarikat berdaftar menggunakan nama kita dan ada cukai tertunggak sekian-sekian jumlahnya. Dia akan cuba memberitahu bahawa pembayaran boleh dilakukan secara terus dengan pegawai untuk mengelakkan tindakan makhamah ke atas kita.
  3. Pembayaran dilakukan kononnnya supaya kita tidak dikenakan tindakan mahkamah Adalah jerat yang memakan diri bagi yang percaya.

3. Pengiklanan kerja sambilan untuk komisen yang lumayan

Penjenayah jenis ini menggunakan cara dengan menghantar mesej tidak dikenali dan biasanya melalui WhatsApp. Mesej kita menawarkan pekerjaan sebagai "Online Purchasing Agent" atau ejen pembelian bawah nama Syarikat e-dagang yang sebenar.  Tugas yang mudah seperti promosi, like produk dan kemudian ada level-level tertentu perlu dilakukan.

Modus operandi.

  1. Menghantar mesej di talian seperti whatssap.
  2. Mereka akan menyamar sebagai ejen jual atau ejen syarikat yang sah. Mereka kata syarikat mencari pekerja. Kerja mudah dari rumah boleh dapat komisen yang lumayan.
  3. Tugasannya dengan mendapatkan komisen.  Mangsa mula menerima bayaran komisen kecil pada tugasan pertama/mereka percayakan kerja itu wujud, lalu teruskan.
  4. Apabila mangsa sudah yakin, mereka akan diminta membuat pembayaran untuk ‘unlock level’ bagi mendapatkan komisen lebih tinggi dan lumayan. Maka disinilah bermulanya penipuan dilakukan.

Contoh Whatsapp yang dihantar oleh penjenayah kerja sambilan untuk mendapatkan komisen lumayan
Contoh Whatsapp yang dihantar oleh penjenayah kerja sambilan untuk mendapatkan komisen lumayan.

4. Penipuan cabutan bertuah

Penipuan cabutan bertuah ini paling cepat mengembang di media sosial. Mana taknya. Bila nampak cabutan bertuah hadiah mewah-mewah terus tekan share dan komen. Dalam sejam boleh cecah ribu-ribu share dan komen.

Modus operandinya.

  1. Penipu akan membuat akaun palsu di media sosial seperti facebook. Akaun palsu ini mereka guna nama dan gambar influencer. (Ini yang sering berlaku)
  2. Mereka akan wujudkan satu post cabutan bertuah contohnya 100  buah kereta Toyota Hilux, Sebuah motorsikal berkuasa tinggi akan diberikan kepada pemenang bertuah. Contonya sila taip saya suka dan share. 100 Pemenang akan dipilih secara rawak.
  3. Bagaimana penipuan ini berlaku. Penipu akan pilih mana yang mereka suka atau individu yang ada menghubungi mereka. Lepas itu, mereka akan kata poskan hadiah cabutan tetapi ada masalah dekat penghantaran. Mereka kemudian akan minta bayaran pos, caj dan sebagainya.

5. Cinta Palsu atau Love scam

Penipuan love scam ini tak perlu diulaskan panjang lebar sebab ini melibatkan mainan perasaan. Bila sudah cinta hati pun buta, fikiran melayang. Mabuk cinta katakan.

Modus operandinya.

  1. Si cinta akan mengatakan dia mencintai dan mengirim barang.
  2. Barang terkandas di airport, di kastam dan perlu membuat pembayaran untuk dapatkan hadiah si hati.
  3. Maka bermulalah kisah cinta yang tertipu dan yang perlu dibayar dengan perasaan sedih.

6. Penipuan skim cepat kaya

Penipuan cepat kaya ini bebentuk pelaburan yang tak sah. Skim pelaburan menjanjikan untung yang lumayan dalam masa singkat sahaja. Skim ini banyak berlaku pada media sosial seperti Telegram. Labur sikit banyak untung. Mula-mula pelabur akan digula-gulakan untuk mendapat kepercayaan padahal syarikat itu tak wujud sama sekali.

Modus operandi.

  1. Penipu membawa masuk pelanggan ke dalam group telegram. Contohnya group pelaburan patuh syariah dan sebagainya. Nampak macam sah.
  2. Dalam group akan dinyatakan skim pelaburannya. Contohnya labur RM5000 dapat RM50000. Dalam group telegram akan ada sahabat scammer post yang dia ada untung dan ucap terima kasih bagai.
  3. Iklan skim pelaburan ini ada bermacam PAKEJ. Contohnya skim gangsa, perak , emas, diamond dan sebagainya. Contohnya gangsa minimum labur RM1000 untung RM10000, emas labur RM10000 untung RM100000 dalam masa 6 jam.
  4. Apabila ada mangsa yang telah melabur mereka tidak akan membuat bayaran untung yang dijanji. Mereka akan memberikan pelbagai alasan untuk seperti perlu upgrade PAKEJ dan dihujung sekali mereka akan blok pengguna yang melabur.

7. Pengodaman Aplikasi di Telefon dengan Tac (Menggunakan aplikasi media sosial seperti whatssap dan telegram.)

Pengodam TAC ini juga banyak berlaku pada aplikasi media sosial seperti telegram. Penipuan jenis ini dia akan minta bantuan kewangan dan menyamar sebagai rakan.

 Baca artikel berkaitan 👉Waspada kad jemputan APK

 Modus operandinya

  1. Mereka akan hack sebanyak mungkin akaun telegram.
  2. Mereka akan mesej atau chat ke semua kontak telegram yang telah mereka hack tadi menghantar link yang dibina khas untuk mengodam aplikasi mangsa.
  3. Selalunya aktiviti pengodaman ini beroperasi apabila ada bantuan khas dari kerajaan. Atau diumumkan oleh kerajaan.
  4. Pengodaman melalui link website seolah-olah legit dan meminta mangsa memasukan TAC kemudian mengodam aplikasi ditelefon mangsa.

 

Baca Juga Artikle Berkaitan Berkaitan Info Penipuan dibawah

👉 6 Langkah Bijak Elakkan Diri Jadi Mangsa Penipuan


Kesimpulan

Walaupun nampak berbeza tapi trick penipuan ni mempunyai pola yang sama. Saya harap semua kita dapat mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa. Apabila sesuatu itu seperti ''too good to be true'' maka ianya berpotensi adalah penipuan. Maka yang saya senaraikan 7 antara paling popular walaupun ada jenis penipuan yang lain yang sering berlaku di Malaysia.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share untuk memastikan tiada keluarga, rakan kita yang terkena, follow blog dan tinggalkan komen jika ada persoalan. Saya amat menghargainya

Penafian. 

Blog ini bukan bersifat   cuba memberikan kesedaran kepada umum. Posting yang dibuat tidak ditujukan atau dikhaskan kepada mana-mana pihak. Tiada kaitan dengan hidup dan mati. Admin blog tidak akan bertanggungjawab seandaianya ada pihak terasa dengan posting ini.





0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post