![]() |
Waspada emas lelong di telegram. |
Hai semua! Kalau anda seorang yang suka mengumpul emas atau sedang mencari peluang membeli emas dengan harga “murah”, artikel ini wajib dibaca sampai habis. Kes-kes penipuan ni macam terpencil tapi memang berlaku sebenarnya ini, isu penipuan online emas 916 lelong di Telegram semakin hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang terjebak kerana tergoda dengan tawaran harga emas yang terlalu rendah yang kononya dilelong disebabkan pembeli terdahulunya tak bayar faedah. Namun, hakikatnya ia adalah penipuan online yang teracangan.
Saya sendiri pernah hampir tertipu dulu apabila terlihat iklan emas 916 “lelong” di Telegram. Masa tu, saya dimasukkan ke dalam 1 group telegram ni. So, dalam tu banyak la komen-komen positif kata itu-ini. Harga yang ditawarkan pun memang terlalu menggoda, dan sebagai seorang yang minat simpan emas, hati ini memang terasa ‘terpanggil’. Mujur sebelum membuat sebarang transaksi, saya sempat bertanya kepada kawan yang sudah lama membeli emas dan nasihatnya membuatkan saya berfikir dua kali. Dari pengalaman itu, saya nak kongsi cara untuk elakkan diri daripada ditipu oleh penipuan online emas 916 lelong.
Mengapa Penipuan Online Emas 916 Lelong Semakin Menjadi-jadi?
Kebanyakan mangsa adalah golongan wanita yang memang gemar mengumpul emas, sama ada sebagai perhiasan diri atau simpanan masa depan. Pihak tidak bertanggungjawab sedar akan minat ini, jadi mereka mengambil kesempatan dengan menggunakan platform media sosial yang popular seperti Telegram, WhatsApp, Facebook, dan Instagram untuk memikat perhatian. Biasanya, tawaran mereka kelihatan terlalu menarik, contohnya harga emas yang sangat “murah” atau janji emas “dilelong”.
Perlu diingat, perkataan “lelong” atau “pajak” sering digunakan untuk tarik minat, tapi secara logik, emas tidak boleh dilelong. Kenapa? Sebab emas adalah aset kekal yang tidak mempunyai jangka hayat ia tidak akan expired atau hilang nilainya dalam tempoh tertentu. Jadi, sebarang tawaran yang menjanjikan emas lelong murah memang patut dicurigai dan disiasat dengan teliti sebelum membuat keputusan.
Modus Operandi Penipuan Online Emas 916
Penting untuk kita faham bagaimana penipuan online emas 916 beroperasi, supaya tidak mudah tertipu. Berikut beberapa taktik yang biasanya digunakan:
Salah satu helah yang sering digunakan adalah mendakwa bahawa emas dilelong kerana faedah tertunggak selama beberapa bulan atau tahun. Pihak penipuan akan menjadikan alasan ini kelihatan sahih supaya pembeli berasa yakin dan tergesa-gesa membuat pembelian.
Namun, pada hakikatnya, tiada kedai atau syarikat sah di dunia ini yang melelong emas 916 atas alasan faedah tertunggak. Emas merupakan aset kekal yang nilainya stabil dari masa ke masa, jadi sebarang alasan sebegini wajar diragui dan tidak patut diterima begitu sahaja.
2. Gambar dan Testimoni Palsu
Satu lagi helah yang sering digunakan ialah mempamerkan gambar emas cantik dan testimoni palsu pengguna lain yang kelihatan meyakinkan. Kadang-kadang, gambar emas itu sebenarnya diambil dari internet atau diubah sedikit supaya nampak asli dan profesional. Bila kita tengok, memang rasa macam “wah, cantiknya!” tapi jangan terus percaya begitu sahaja.
Testimoni palsu pula direka untuk menampakkan seolah-olah mereka ni legit la. Dan juga bahawa ramai orang sudah membeli dan berpuas hati. Kadang-kadang testimoni ini nampak real sebab ada nama, foto, atau rating bintang, tapi sebenarnya ia hanyalah strategi untuk mempengaruhi emosi kita. Silap hari bulan Kawan-kawan penipu juga yang post testimoni.
Kalau kita tak berhati-hati, perasaan teruja atau takut terlepas peluang boleh membuatkan kita buat keputusan membeli secara tergesa-gesa. Jadi, tip yang paling mudah: tarik nafas, tenang, dan semak fakta sebelum klik “beli”.
3. Tekanan untuk Bertindak Segera
Satu lagi taktik yang sering digunakan ialah mencipta rasa tergesa-gesa. Pihak penipu akan memberi tarikh akhir promosi seperti “last chance”, “stok terhad”, atau kata-kata lain yang membuat kita rasa rugi jika tidak bertindak segera.
Tujuan sebenar taktik ini ialah supaya pembeli tidak sempat buat semakan fakta atau bertanya nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman. Bila kita tergesa-gesa, otak cenderung ikut emosi rasa teruja atau takut terlepas peluang dan berakhir dengan risiko membuat keputusan yang salah meningkat.
Fenomena ini sebenarnya berkait rapat dengan psikologi manusia, khususnya konsep scarcity effect (kesan kekurangan) dan urgency principle (prinsip segera). Apabila sesuatu ditunjukkan sebagai “terhad” atau “last chance”, otak kita secara automatik memberi nilai lebih tinggi kepada benda tersebut walaupun kita belum semak fakta.
Menurut Dr. Robert Cialdini, seorang pakar psikologi dan penulis buku Influence: The Psychology of Persuasion, manusia cenderung mengambil peluang yang nampak terhad kerana takut kehilangan sesuatu (fear of missing out, FOMO). Dalam konteks penipuan online emas 916, pihak tidak bertanggungjawab menggunakan taktik ini untuk mencipta tekanan masa supaya mangsa bertindak cepat tanpa pertimbangan matang.
Kajian lain dalam bidang psikologi tingkah laku menunjukkan bahawa tekanan masa meningkatkan kecenderungan membuat keputusan emosi, bukan rasional. Jadi, apabila seseorang melihat tawaran “stok terhad” atau “promosi last minute”, risiko membuat keputusan terburu-buru meningkat secara signifikan.
![]() |
Gambar dihasilkan oleh i Waspada emas Lelong : Tips Elakkan dari kena scam. |
Tips Untuk Elakkan Penipuan Online Emas 916
Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pengamatan terhadap pelbagai kes penipuan online, ada beberapa langkah mudah tapi berkesan untuk melindungi diri daripada tawaran palsu. Mari kita lihat satu persatu:
1. Siasat Terlebih Dahulu
Sebelum membuat keputusan, jangan terus percaya pada apa yang dilihat di media sosial. Luangkan masa untuk bertanya kepada ahli keluarga, kawan-kawan, atau sesiapa yang sudah berpengalaman membeli emas.
Selain itu, semak juga di laman rasmi pembekal emas atau kedai sah. Kadang-kadang, iklan yang nampak legit di Telegram atau WhatsApp sebenarnya palsu.
2. Harga Emas Terlalu Murah Adalah Meragukan
Emas 916 nilainya bergantung pada harga emas dunia, jadi jika ada tawaran harga jauh di bawah pasaran, itu sepatutnya menimbulkan alarm di dalam benak kita.
Seperti pepatah orang putih kata, “Too good to be true”. Percaya atau tidak, ini memang berlaku ramai orang yang hampir tergoda sebab rasa macam “wah, murah gila!”. Ingat, emas adalah pelaburan jangka panjang, bukan barang murah untuk dibeli ikut emosi.
Baca juga artikel berkaitan : Penipuan melalui telegram. Sentiasa berhati-hati
3. Jangan Klik Link Asing atau Join Group Telegram Palsu
Banyak penipuan online dijalankan melalui group WhatsApp atau Telegram yang khas untuk memerangkap mangsa. Sekali kita join, bukan sahaja berisiko ditipu, malah maklumat peribadi juga boleh dicuri.
Tip praktikal: elakkan link asing, dan jangan mudah join group yang menjanjikan emas murah atau lelongan cepat. Andai kata ada orang invite, terus left saja. Tak ada orang nak bawa kita kaya sama-sama.
4. Periksa Kedai / Penjual
Satu fakta penting: tiada kedai sah yang melelong emas secara online. Jadi jika ada pihak mendakwa menjual emas lelong, hampir pasti itu adalah tawaran palsu.
Selalu semak latar belakang penjual, lihat review atau feedback daripada pelanggan sebenar, dan pastikan kedai atau ejen itu diiktiraf. Ini langkah mudah tapi sangat berkesan untuk elak kerugian.
5. Gunakan Akaun Rasmi atau Ejen Sah
Cara paling selamat untuk membeli emas adalah melalui bank, kedai emas sah, atau ejen bertauliah. Contoh platform yang dipercayai termasuk:
- Public Gold
- PAMP Suisse
- Bank-bank tempatan yang menawarkan jualan emas
Dengan membeli dari sumber rasmi, kita bukan sahaja selamat daripada penipuan, tetapi juga memastikan emas yang dibeli sah dan diiktiraf untuk simpanan masa depan.
Baca Artikel Berkaitan Modus Operandi Sindiket Penipuan
Akhir Kata
Berdasarkan semua yang saya telah kongsikan tadi, disini saya nak rumuskan beberapa perkara penting yang perlu diingat:
- Penipuan online emas 916 lelong menggunakan pelbagai platform media sosial untuk menjerat mangsa. Sentiasa berhati-hati dengan tawaran yang terlalu “menggiurkan”.
- Emas tidak boleh dilelong ia adalah aset kekal yang nilainya tidak expired, jadi sebarang alasan untuk melelong patut diragui.
- Harga emas terlalu murah adalah tanda amaran utama. Jika nampak terlalu murah, itu kemungkinan besar tawaran palsu.
- Sentiasa siasat, rujuk pakar, dan beli dari sumber sahih. Jangan terburu-buru ikut emosi; langkah ringkas ini boleh elak kerugian besar.
Ingat, mencegah lebih baik daripada menyesal kemudian. Jangan biarkan emosi atau nafsu membeli menguasai keputusan kita kerana pihak penipu secara online memang pandai menggunakan psikologi manusia untuk memancing mangsa. Dengan sedikit kesabaran dan semakan fakta, anda boleh membeli emas dengan selamat dan bijak, sambil menikmati kepuasan simpanan aset yang berharga untuk masa depan.
Terima kasih kerana sudah membaca. Seandainya ada persoalan tinggalkan di ruangan komen.
Baca juga artikel berkaitan : Langkah elakkan diri jadi mangsa penipuan dalam talian
Post a Comment