![]() |
Mesej daripada PDRM agar kita sentiasa berhati-hati jangan klik pautan mencurigakan. |
Sejak akhir-akhir ini, lebih tepat lagi
sejak Kerajaan bagi bantuan kepada rakyat, sering tular mesej di aplikasi Telegram
yang kononnya kerajaan menawarkan bantuan tunai RM600 hingga RM1,000 , Jom
semak bantuan asas Rahmah dan semuanya melalui telegram. Ramai yang
keliru kerana mesej itu nampak sahih, lengkap dengan logo rasmi kerajaan
dan pautan laman web yang mirip domain sebenar.
Namun, Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF) telah menegaskan bahawa mesej tersebut adalah palsu dan cubaan
penipuan untuk mencuri data peribadi orang ramai. Penting untuk kita lebih
berwaspada dan tahu cara mengenal pasti taktik penjenayah siber ini supaya
tidak mudah terjerat.
Bukan setakat duit, scammer kini semakin
licik – ada yang cuba ambil alih akaun Telegram mangsa untuk menyebarkan
penipuan dengan lebih meluas. Jadi, fahami teknik mereka supaya anda lebih
bersedia.
🛑 Modus Operandi Scammer Bantuan Palsu
Penjenayah ini menggunakan beberapa
teknik untuk memperdaya mangsa:
1. Laman Web Palsu & Hack Telegram
Selain untuk mencuri maklumat peribadi,
ada scammer yang cuba ambil alih akaun Telegram mangsa. Tekniknya:
- Mangsa
klik link laman web palsu kononnya untuk daftar atau Semak kelayakan
menerima bantuan. Berpunca daripada sebaran berantai.
- Mangsa
diminta isi maklumat peribadi dan nombor telefon.
- Telegram
hantar kod TAC/OTP ke nombor mangsa. Penjenayah akan letakkan kod
ini di laman palsu sebagai “pengesahan”.
- Bila
mangsa masukkan kod tersebut, scammer berjaya log masuk akaun Telegram
mangsa di peranti lain.
- Akaun
Telegram mangsa diambil alih, dan penjenayah boleh gunakan identiti mangsa
untuk sebarkan lebih banyak scam.
Teknik ini dipanggil “Telegram
Hijacking”, dan ia semakin popular kerana ramai orang aktif guna Telegram
untuk komunikasi harian, perniagaan, dan urusan kerja. Sebab itu kita selalu
tengok rakan-rakan kita menghantar mesej Semak bantuan atau tebus bantuan.
![]() |
Link Scammer Disebarkan melalui telegram khas untuk Mengodam telefon mangsa |
2. Akaun Media Sosial Palsu
Akaun palsu di Facebook, TikTok,
Instagram, dan Telegram diwujudkan untuk sebarkan pautan scam.
Kadang-kadang, mereka gunakan bot Telegram kononnya untuk proses
pendaftaran bantuan, supaya nampak lebih “resmi”.
3. Permintaan Kod TAC / OTP
Mangsa diminta masukkan nombor telefon
dan kod TAC/OTP untuk “sahkan bantuan”. Sebenarnya, kod ini digunakan untuk
akses akaun bank, e-wallet, atau Telegram.
4. Pautan Pendek & QR Code
Scammer guna pautan pendek (bit.ly,
tinyurl) atau QR code untuk mudahkan imbasan, tapi sebenarnya bawa ke
laman penipuan. Jangan buka pautan yang pelik dan meragukan.
5. Psikologi Mangsa
Mesej berbaur ugut atau mendesak
seperti “Daftar segera sebelum tarikh tutup” atau “Akaun anda akan dibekukan
jika tidak isi maklumat” digunakan untuk paksa mangsa bertindak. Disebabkan nak
dapat bantuan maka tergesa-gesalah nak isi takut tercicir.
Cara Elak Jadi Mangsa Penipuan
- Jangan
Percaya Tawaran Terlalu Lumayan – jika mudah sangat nak dapat
duit, besar kemungkinan itu scam. Kalau semua mudah nak dapat duit semua orang
dah jadi kaya kan?
- Jangan
Masukkan Kod TAC/OTP di Laman Meragukan –
hanya untuk transaksi sah di bank, e-wallet dan aplikasiyang sah saja.
- Semak
Pautan dengan Teliti – laman rasmi kerajaan berakhir
dengan .gov.my.
- Gunakan
Aplikasi Rasmi – muat turun hanya dari Google
Play Store atau Apple App Store.
- Laporkan
Scam – hantar laporan kepada pihak
berkuasa seperti CCID atau MCMC.
- Pantau
Akaun Anda – periksa log masuk dan transaksi
di Telegram, bank, e-wallet.
- Sentiasa
Peka Aktiviti Akaun – jika ada log masuk atau
perubahan tetapan mencurigakan, segera ambil tindakan. Ubah kata laluan anda.
Sumber Rasmi Bantuan e-Madani
Untuk maklumat tepat dan terkini, rujuk
laman rasmi Kementerian Kewangan:
🔗 https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI
Ingat, kerajaan tidak akan meminta
nombor akaun, kata laluan, TAC atau OTP melalui SMS, WhatsApp, atau
Telegram.
![]() |
Paparan Palsu yang menyerupai laman web bantuan kerajaan. Pautan banyak disebarkan melalui telegram. |
Tips Tambahan Untuk Mengelakkan diri jadi mangsa
1. Gunakan Kata Laluan Kuat & Unik
Ramai orang masih guna kata laluan yang senang diteka, contohnya 123456, tarikh lahir atau nombor IC. Ini sangat bahaya sebab scammer boleh cuba kombinasi asas dulu sebelum guna teknik lebih canggih. Kata laluan yang baik sepatutnya ada gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol khas. Lagi penting, jangan guna kata laluan yang sama untuk semua akaun. Kalau satu bocor, habis semua akaun lain pun terdedah.
2. Aktifkan 2FA (Two-Factor Authentication)
Kalau kata laluan kita berjaya diteka atau bocor, 2FA boleh jadi penyelamat terakhir. Biasanya 2FA guna kod TAC atau OTP yang dihantar ke telefon atau aplikasi pengesah (authenticator). Jadi walaupun scammer tahu kata laluan, mereka tetap tak boleh log masuk tanpa kod itu. Seolah-olah kita ada kunci tambahan untuk pintu rumah.
3. Kemas Kini Peranti & Aplikasi
Ramai rasa malas nak update telefon atau aplikasi sebab anggap tak penting. Tapi sebenarnya, setiap kemaskini biasanya mengandungi “patch” keselamatan yang menutup ruang kelemahan pada sistem. Kalau dibiarkan lama, hacker boleh ambil kesempatan untuk masuk. Jadi biasakan tekan update setiap kali keluar versi baru, walaupun nampak kecil.
4. Waspada E-mel & SMS Palsu
E-mel dan SMS palsu (phishing) antara kaedah paling popular penipu. Mereka akan menyamar sebagai bank, pejabat kerajaan, malah syarikat penghantaran barang. Biasanya mesej itu ada pautan untuk kita klik. Ingat, jangan klik sebarangan, apatah lagi masukkan maklumat peribadi. Kalau ragu-ragu, terus hubungi syarikat atau bank melalui saluran rasmi.
5. Didik Keluarga
Penipu suka sasarkan golongan warga emas atau mereka yang kurang arif dengan teknologi. Sebab itu penting kita didik ahli keluarga, terutama ibu bapa dan saudara mara yang lebih tua, supaya jangan mudah percaya mesej bantuan palsu ni. Pesan pada mereka, kalau betul ada bantuan kerajaan, tunggu pengumuman rasmi. Jangan mudah percaya mesej WhatsApp atau Telegram yang tidak diketahui asal usulnya.
6. Semak Dulu Sebelum Kongsi
Kadang-kadang kita pun tanpa sedar jadi agen penyebar scam sebab terlalu cepat forward mesej. Ingat, setiap kali kita kongsi mesej palsu, makin ramai orang terdedah jadi mangsa. Jadi biasakan semak dulu dengan portal rasmi, laman web berita yang sahih, atau pihak berkuasa. Kalau ragu-ragu, lebih baik jangan kongsi. Naya Kawan kita jadi mangsa.
7. Pantau Aktiviti Akaun Telegram
Sejak kebelakangan ini, banyak kes akaun Telegram kena hack dan digunakan untuk sebarkan link scam. Jadi biasakan periksa bahagian active sessions dalam tetapan Telegram. Kalau ada log masuk yang mencurigakan dari lokasi asing, terus log keluar semua sesi dan tukar kata laluan. Ini langkah mudah tetapi boleh menyelamatkan kita daripada jadi mangsa seterusnya.
Kesimpulan
Scammer semakin kreatif, termasuk
menggunakan nama program bantuan kerajaan seperti e-Madani dan teknik hack
Telegram. Jangan mudah percaya pada mesej yang terlalu bagus untuk jadi
kenyataan. Semak sumber rasmi sebelum berkongsi atau klik pautan yang kita
terima.
Dengan sikap berhati-hati, menggunakan aplikasi rasmi, dan mendidik keluarga tentang scam digital, kita bukan saja melindungi diri sendiri, tetapi juga membantu masyarakat lain daripada menjadi mangsa kejam penjenayah siber ni.
Post a Comment