![]() |
Handphone gaming murah |
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, permainan mudah alih atau mobile gaming semakin menjadi trend utama dalam kalangan remaja mahupun orang dewasa. Sama ada Mobile Legends, PUBG Mobile, Call of Duty Mobile, clash of clan atau Genshin Impact dan banyak lagi. Jutaan pemain menghabiskan masa berjam-jam setiap hari di telefon mereka. Permainan mudah alih bukan lagi sekadar hiburan, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.
Namun, tidak semua orang mampu atau mahu berbelanja besar untuk membeli telefon flagship yang harganya mencecah ribuan ringgit. Berita baiknya, kini terdapat banyak pilihan handphone gaming murah bawah RM1000 yang menawarkan prestasi memuaskan untuk bermain game popular. Dengan kemajuan teknologi cipset, RAM, dan paparan skrin, pengguna bajet sederhana pun boleh menikmati pengalaman gaming yang lancar tanpa perlu risau poket kering. So, dalam Artikel ini saya akan memberikan sedikit ciri penting untuk sebuah telefon gaming bajet, senarai pilihan terbaik, serta tips sebelum membuat pembelian.
Harga murah tak semestinya tak power
Ramai beranggapan bahawa untuk main game tanpa “lag”, mesti guna telefon flagship, telefon yang mahal-mahal. Hakikatnya, pengeluar seperti Xiaomi, Realme, Infinix, dan iQOO sudah menghasilkan telefon bajet dengan spesifikasi yang cukup kuat.
Beberapa sebab kenapa handphone gaming bawah RM1000 menjadi pilihan utama:
- Harga mampu milik. sesuai untuk pelajar universiti, pelajar sekolah menengah, atau pengguna biasa yang mahu telefon kedua khusus untuk gaming.
- Prestasi cukup untuk kebanyakan game popular. walaupun bukan yang terbaik, tetap boleh main pada tetapan sederhana hingga tinggi tanpa masalah besar.
- Bateri besar. kebanyakan model bajet gaming fokus pada kapasiti bateri tinggi kerana mereka tahu gamer suka marathon gaming.
- Nilai berbaloi. anda dapat prestasi seimbang antara gaming, kamera, kegunaan sosial media, dan tugasan harian lain.
Selain itu, telefon bajet juga lebih mudah diganti apabila keluar model baru. Kalau rosak atau hilang, kerugian tidaklah seteruk jika anda membeli telefon flagship berharga lebih RM4000.
![]() |
Harga murah dan berbaloi |
Baca juga artikel berkaitan
Ciri Penting Handphone Gaming
Sebelum membeli, ada beberapa aspek teknikal yang perlu diberi perhatian. Jangan hanya terpedaya dengan rekaan luarannya semata-mata.
1. Cipset / Processor
Processor adalah “otak” telefon. Untuk bajet bawah RM1000, beberapa cipset yang popular ialah:
- MediaTek Helio G99. terkenal dengan prestasi gaming stabil dan penggunaan bateri yang efisien.
- Snapdragon 680/695. sesuai untuk kegunaan harian dan gaming ringan hingga sederhana.
- Dimensity 6100+ . menyokong 5G dengan kuasa seimbang, sesuai untuk mereka yang mahu telefon tahan lama untuk masa depan.
2. RAM & Storan
Minimum 6GB RAM sudah cukup untuk gaming ringan. Namun, jika boleh dapat 8GB RAM dengan storan 128GB atau 256GB, itu lebih baik. Banyak telefon kini juga ada fungsi RAM expansion, iaitu menggunakan sebahagian storan sebagai tambahan RAM maya.
![]() |
Ram dan storan |
3. Skrin
Skrin besar dengan refresh rate tinggi memberi pengalaman lebih lancar. Sekurang-kurangnya:
- 90Hz atau 120Hz refresh rate untuk pergerakan animasi lebih smooth. Tidak stuck kalau game berat.
- AMOLED lebih cantik dengan warna terang, tetapi LCD berkualiti pun memadai untuk bajet.
4. Bateri & Pengecasan
Bateri 5000mAh sudah standard untuk gaming. Pastikan juga ada fast charging sekurang-kurangnya 33W supaya tidak perlu menunggu lama. Lagi pantas, lagi bagus.
5. Sistem Penyejukan
Walaupun jarang ada pada telefon bajet, beberapa model sudah mula menambah teknologi cooling asas untuk elak panas melampau. Ini penting kalau anda jenis main game berjam-jam.
Senarai Handphone Gaming Murah Bawah RM1000
Note : Senarai harga boleh berbeza-beza mengikut Lokasi masing-masing. Namun harga masih dibawah 1k.
1. Poco M6 Pro
- Cipset: MediaTek Helio G99-Ultra
- RAM/Storan: 8GB + 256GB
- Skrin: 6.67” AMOLED, 120Hz
- Bateri: 5000mAh, 67W fast charging
- Harga: ± RM899 – RM999
➡️ Sangat kuat untuk gaming. Skrin AMOLED dengan refresh rate tinggi membuatkan pengalaman bermain lebih menyeronokkan.
2 Realme Narzo 60x 5G
- Cipset: Dimensity 6100+
- RAM/Storan: 6GB + 128GB
- Skrin: 6.6” LCD, 120Hz
- Bateri: 5000mAh, 33W fast charging
- Harga: ± RM799 – RM899
➡️ Pilihan sesuai untuk mereka yang mahu telefon bajet dengan sokongan 5G.
3 Infinix Note 30
- Cipset: Helio G99
- RAM/Storan: 8GB + 256GB
- Skrin: 6.78” IPS LCD, 120Hz
- Bateri: 5000mAh, 45W charging
- Harga: ± RM749 – RM849
➡️ Harga berpatutan dengan RAM besar dan storan luas, sesuai untuk multitasking serta gaming.
4 Redmi Note 13
- Cipset: Snapdragon 685
- RAM/Storan: 6GB + 128GB
- Skrin: 6.67” AMOLED, 120Hz
- Bateri: 5000mAh, 33W charging
- Harga: ± RM799 – RM899
➡️ Seimbang untuk gaming sederhana dengan skrin AMOLED yang lebih terang dan jelas.
5 iQOO Z7x
- Cipset: Snapdragon 695
- RAM/Storan: 8GB + 128GB
- Skrin: 6.64” LCD, 120Hz
- Bateri: 6000mAh, 80W charging
- Harga: ± RM950 – RM999
➡️ Bateri sangat besar dengan pengecasan pantas, sesuai untuk gamer tegar yang suka marathon permainan.
Perbandingan Ringkas
- Prestasi terbaik: Poco M6 Pro (Helio G99-Ultra + AMOLED 120Hz)
- Bateri tahan lama: iQOO Z7x (6000mAh)
- Pilihan 5G bajet: Realme Narzo 60x
- Paparan cantik AMOLED bajet: Redmi Note 13
- Storan luas bajet: Infinix Note 30 (256GB)
Tips Sebelum Membeli Handphone Gaming Murah
- Pilih storan cukup besar. Minimum 128GB untuk simpan game besar. Jangan terlalu bergantung pada microSD kerana ia lebih perlahan.
- Beli dari seller rasmi/authorized. Elak masalah warranty atau produk tiruan.
- Semak review YouTube. Lihat prestasi sebenar dalam gaming, kerana spesifikasi di atas kertas tidak selalu menggambarkan pengalaman sebenar.
- Utamakan keseimbangan. Jangan hanya fokus pada CPU, skrin dan bateri juga sama penting untuk pengalaman keseluruhan.
- Update software. Pastikan model yang dipilih masih menerima kemas kini sekuriti dan sistem operasi.
Baca juga artikel berkaitan : Apa itu sideloading. Mengapa perlu berhati-hati?
Tak semestinya perlu habiskan ribuan ringgit untuk dapat pengalaman gaming memuaskan. Dengan bajet bawah RM1000, sudah ada banyak handphone gaming murah yang mampu main game popular tanpa lag yang keterlaluan.
Jenama seperti Poco, Realme, Redmi, Infinix, dan iQOO menawarkan model dengan cipset berkuasa, RAM besar, skrin laju, serta bateri tahan lama. Pilihan terbaik bergantung pada keutamaan anda sama ada mahu bateri besar, skrin AMOLED, atau sokongan 5G.
Apa pun pilihan anda, pastikan ia sesuai dengan gaya penggunaan harian. Dengan telefon bawah RM1000, anda masih boleh jadi “pro gamer” dalam permainan kegemaran tanpa perlu risau tentang bajet. Inilah bukti bahawa teknologi kini semakin mesra poket, tetapi tetap mampu memberikan kepuasan kepada peminat mobile gaming. Namun perlu diingatkan, masa itu emas ya, jangan bazirkan terlalu banyak masa semata-mata nak main game. Untuk pelajar bahagikan masa belajar dan juga masa bermain.
Post a Comment