Apakah Fungsi Stealth Mode WhatsApp?


Mengawal privasi dan masa mengurangkan tekanan kerja.
Apakah Fungsi Stealth Mode Whatsapp?

Pernahkah anda terfikir, alangkah baiknya kalau kita boleh baca mesej WhatsApp tanpa orang lain tahu kita sedang online kan? Atau anda mahu luangkan masa untuk diri sendiri tanpa perlu tertekan dengan notifikasi yang masuk bertubi-tubi? Jika ya, anda bukan keseorangan. Ramai pengguna WhatsApp hari ini mencari cara untuk mengekalkan privasi mereka tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak.

Di sinilah istilah “Mod Stealth” muncul. Walaupun bukan istilah rasmi daripada pihak WhatsApp, ramai orang menggunakannya untuk menggambarkan gabungan beberapa tetapan privasi yang boleh membuatkan anda kelihatan seolah-olah “ghaib” atau tidak aktif di aplikasi ini. Dengan mod ini, anda boleh mengawal apa yang orang lain nampak tentang aktiviti kita.

Tahukah apa yang dimaksudkan Stealth Mode WhatsApp?

“Mod Stealth” bukanlah satu butang khas yang boleh ditekan di WhatsApp. Sebaliknya, ia merujuk kepada gabungan beberapa ciri privasi yang sedia ada dalam aplikasi. Apabila semua tetapan ini digunakan dengan betul, anda akan kelihatan lebih “invisible” tiada siapa tahu bila kali terakhir anda buka WhatsApp, sama ada anda sedang menaip, atau sudah membaca mesej mereka.

Dengan kata lain, mod ini memberi anda ruang untuk menggunakan WhatsApp mengikut kadar dan mood anda, tanpa tekanan untuk segera membalas mesej atau rasa bersalah bila tidak membalas rakan serta-merta. Maklumlahkan ada masa kita taka da mood, memang malas nak balas. 

Cara Mengaktifkan Mod Stealth (Langkah Demi Langkah)

Untuk benar-benar berfungsi, mod stealth WhatsApp perlu digabungkan daripada beberapa tetapan utama. Jangan risau, semua tetapan ini ada dalam aplikasi WhatsApp itu sendiri, dan tak perlu muat turun aplikasi luar yang meragukan. Mari kita lihat dengan lebih terperinci.

Sembunyikan Status Last Seen & Online

Andaikata anda sedang sibuk di pejabat. Bos baru sahaja beri tugasan besar, dan anda tidak mahu diganggu. Dalam masa yang sama, rakan baik anda hantar mesej dengan nada mendesak: “Aku nampak kau online, kenapa tak balas lagi?”. Situasi ini pasti membuatkan anda rasa serba salah.

Dengan menyembunyikan Last Seen dan Online, anda dapat elakkan tekanan seperti ini. Caranya mudah:

  1. Pergi ke Settings > Privacy > Last Seen & Online.
  2. Pilih sama ada hanya kenalan tertentu atau tiada sesiapa pun boleh melihat status anda.
  3. Untuk lebih selamat, tetapkan “Who Can See When I’m Online” kepada Same as Last Seen.
Untuk mengawal daripada diketahui bila kali terakhir kita membuka aplikasi whatsapp
Last Seen & Online boleh dinyahaktifkan.

Kesan tetapan ini sangat ketara orang lain tidak lagi tahu bila kali terakhir anda aktif, malah mereka juga tidak dapat mengesan bila anda sedang membuka WhatsApp. Tidur pukul 3 pagi pun orang tak kan tahu.

Baca juga artikel berkaitan 

Whatsapp Bussiness : Alat Penting untuk Peniaga Kecil

Matikan Read Receipts (Tanda Tick Biru)

Salah satu ciri paling kontroversi di WhatsApp ialah tick biru. Ada orang yang berasa lega bila tahu mesej mereka sudah dibaca, tetapi ada juga yang menjadikannya alasan untuk menekan orang lain. “Dah biru kenapa masih tak reply?”  ayat ini sudah cukup buat kita pening kepala.

Jika anda mahu bebas daripada tekanan ini, matikan sahaja ciri ini:

  1. Pergi ke Settings > Privacy > Read Receipts.
  2. Tutup suisnya, dan mesej yang anda baca tak kan keluar warna biru di pihak penghantar.

Namun, perlu diingat juga: apabila anda mematikannya, anda juga tidak akan nampak sama ada mesej orang lain sudah dibaca. Ia ibarat perjanjian dua hala  la kalau mahu privasi, anda juga kena lepaskan sedikit kemudahan.

Read receipt menyebabkan kita boleh melihat tanda biru bila mesej dibaca.
Matikan read receipt.


Sembunyikan Typing Indicator

Ramai tidak sedar betapa besar kesannya tulisan kecil “typing…” di bawah nama kita. Ia memberi gambaran seolah-olah kita sedang berfikir panjang untuk membalas, padahal kadang-kadang kita cuma tersalah tekan papan kekunci.

Untuk sembunyikan perkara ini, anda boleh gunakan dua cara praktikal:

  • Balas terus dari notification bar  mesej anda akan dihantar tanpa perlu buka aplikasi penuh.
  • Taip di aplikasi Notes terlebih dahulu, kemudian salin dan tampal ke WhatsApp bila sudah siap. Kalau tak nak aplikasi note boleh taip dulu kat dalam no whatsapp sendiri.

Ya, nampak sedikit remeh. Tetapi jika anda jenis yang suka berfikir panjang sebelum balas, cara ini membantu anda mengelakkan salah faham.

Kawalan Privasi untuk Gambar Profil & Status

Kadangkala, bukan semua orang dalam senarai kenalan patut tahu tentang kehidupan peribadi anda. Contohnya, rakan sekerja atau kenalan jauh yang jarang berhubung. Rakan sekerja ni kadang-kadang ada juga yang toksik.

Pastikan profile picture dan status whatsapp dilihat rakan yang kita inginkan
Profile picture boleh disetkan ikut kehendak.

  1. Pergi ke Settings > Privacy > Profile Photo.
  2. Pilih sama ada semua orang, hanya kenalan, atau individu tertentu sahaja boleh melihat gambar profil anda.
  3. Begitu juga dengan Status Updates, anda boleh pilih senarai siapa yang boleh atau tidak boleh melihat cerita yang anda muat naik.

Dengan tetapan ini, anda boleh asingkan dunia peribadi daripada dunia kerja. Ia juga melindungi anda daripada orang asing yang mungkin menyalahgunakan gambar profil kita tanpa kita ketahui.

Letakkan pada sesentengah orang sahaja untuk jaga privasi
Status Privacy Whatsapp

Baca juga Artikel Berkaitan Whatsapp 

Apakah itu Phishing dan cara menghindarinya

Kelebihan & Kekurangan Menggunakan Mod Stealth

Setiap ciri ada sisi baik dan buruk. Begitu juga dengan mod stealth.

Kelebihan

  1. Lebih privasi – Anda boleh gunakan WhatsApp tanpa rasa diawasi. Sesuai untuk mereka yang mahu fokus pada kerja atau belajar tanpa gangguan.
  2. Kurang tekanan sosial – Tak perlu lagi rasa bersalah bila tidak sempat membalas mesej. Anda bebas mengawal masa sendiri.
  3. Kawalan penuh – Anda tentukan siapa yang boleh lihat aktiviti anda, siapa boleh lihat status, dan siapa tidak.

Kekurangan

  1. Kurang keterbukaan – Ada orang mungkin salah faham bila mereka tak nampak status online anda. Bagi mereka, ia seolah-olah anda sengaja mengelak.
  2. Anda juga kehilangan info – Bila matikan tick biru, anda juga tidak tahu sama ada mesej anda sudah dibaca. Ini boleh jadi masalah kalau mesej itu penting, contohnya tentang kerja.
  3. Boleh disalah tafsir – Bayangkan pasangan anda hantar mesej penting, tetapi anda tidak balas walaupun sebenarnya anda sudah baca. Ia boleh timbulkan konflik kecil.

Tips-tips Tambahan untuk kekal tenteram

Selain tetapan utama, ada beberapa trik lain yang boleh digunakan:

  • Balas mesej dari notifikasi sahaja – Mudah dan pantas, malah tidak menjejaskan status online anda.
  • Gunakan mod kapal terbang – Buka WhatsApp ketika airplane mode aktif, baca mesej, kemudian tutup aplikasi sebelum hidupkan internet semula.
  • WhatsApp Web dengan bijak – Jika anda guna di komputer, pastikan log keluar selepas guna. Kadang-kadang lebih mudah untuk membaca mesej di skrin besar tanpa ketara.
  • Kurangkan status update – Lagi banyak anda muat naik, lagi mudah orang tahu anda aktif. Kalau mahu kekal low profile, gunakan dengan sederhana. Jangan selalu la update.
  • Gunakan arkib chat (Archive) – Jika ada chat yang terlalu aktif dan mengganggu, masukkan ke arkib supaya ia tidak muncul di bahagian utama. Anda masih boleh baca bila ada masa.


Berbaloi ka Mode stealth

“Mod Stealth” dalam WhatsApp memberi kita ruang untuk lebih bebas mengawal privasi. Ia sesuai untuk mereka yang mahu menjaga keseimbangan antara dunia digital dan realiti, tanpa perlu sentiasa rasa terikat dengan notifikasi.

Namun, jangan lupa bahawa komunikasi juga memerlukan keterbukaan. Kalau terlalu “ghaib”, hubungan dengan rakan, keluarga, atau pasangan boleh jadi renggang kerana salah faham.

Nasihat Saya: gunakan tetapan ini mengikut keperluan. Kalau anda perlukan ruang peribadi, aktifkan mod stealth. Tapi bila situasi menuntut, biarlah terbuka untuk berhubung dan tak tertinggal bas kalau ada info penting secara tiba-tiba. Akhir sekali, WhatsApp hanyalah alat  dan kitalah yang menentukan bagaimana ia digunakan.

Kalau artikel ini bermanfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan yang suka ‘ghaib’ tiba-tiba dalam WhatsApp . Nak lebih banyak tips macam ni? Follow blog saya supaya anda tak terlepas artikel seterusnya.

Artikel Berkaitan

Hati-hati install Fail Jenis APK 

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post